Skip to main content

[senyum senyum]


Dengan namaMu Allah,aku bermula

saya teruja mahu bercerita tentang mereka
mahu dengar?
(sebenarnya soleh yang suruh.sebab dia nak baca.sebab dia kata......heeee=))

hmm
salah seorang dari mereka mengadu pada saya
katanya
susahnya mahu menjaga emosi
mahu mengenepikan ego
di saat diri merasa lebih tua
atau lebih matang barangkali?
dan dia cuba untuk menahan amarah yang terbit
mengalahkan ego yang tercabar

respon saya semasa mula mula menerimanya

saya tersenyum=)

kerana dia kuat
sungguh
dia kuat
siapa yang mempunyai ego yang tinggi pasti tahu bagaimana susah untuk tidak tunduk pada sifat si syaitan itu

kata saya
takabbur,sombong itu sifat syaitan,dan sabar itu sifat nabi
saya kata
sabar itu indah
dia kata
ya,sabar itu indah,tapi sebelum itu ianya perit

apa lagi yang saya mahu katakan padanya?
semuanya dia sudah tahu
tinggal untuk diamal
tinggal praktikalnya sahaja

nasihat saya untuk akhirnya pada mereka
untuk istiqamah pada jalan islam ini bukan mudah

kerana
jika Allah sayangkan seseorang,Dia beri iman
jika Dia sayang lagi,Dia beri kekuatan untuk mengamalkan agamanya dengan sempurna
jika Dia sayang lagi,Dia akan susahkan dalam urusan menegakkan agama!

Allah sedang menguji dalam menegakkan agama dalam dirimu!
mujahadahlah!

p/s 1:sori soleh..post tidak seperti biasa.kepala kesakitan.huhuhu

Comments