Dengan namaMu Allah,aku bermula
adik saya sofwan meninggalkan kami sekeluarga hari ini
jangan salah faham
dia bukan pergi selama lamanya
bukan juga kerana dia derhaka
tapi dia pergi mencari redha
redha ibu bapa dan pencipta
berangkat ke german mencari permata mutiara Allah di sana
jujurnya
dia ini antara adik yang saya sakit kepala dengannya
bukan kerana tingkah lakunya
tetapi kerana mahukan yang terbaik untuk dia
untuk adik saya
MOHD SOFWAN MOHD SAFIEN
ini nasihat aku
allah di malaysia itu,masih Allah yang sama di german
bagaimana kamu takutkan Dia di malaysia,begitu juga kamu perlu takutkan Dia di sana
dan di sana,lebih lebih lagi kamu perlu mengharap pada Dia
belajar di luar negara
kemungkinan untuk kamu hanya dua
menjadi yang lebih baik,atau yang lebih teruk
jarang jarang orang masih tetap tinggal yang sama
aku mengharap hikmah yang tersembunyi untuk kamu
carilah ia
selepas kamu bersusah payah mencari Dia
moga moga kamu berjumpaNya di sana!
selamat jalan adik!
jalan elok2 di bumi Allah,sofwan
ReplyDeletesemoga membawa khabar yg baek2 ya!
selamat meneroka!
dari adek badek aisyah!:)
ambik tibb jugak ke?
ReplyDeleteya
ReplyDeletesyukran adik ain~
heee
yerp,german itu bumi Allah,sepertinya juga mesir yang aku pijak ini
kak sya:tak..amik engineering