Dengan namaMu Allah,aku bermula
dia sedang sedih
teramat
hilang semangat
hancur luluh hatinya kerana kepunyaannya di tarik Allah
dari Allah kita datang,pada Dia juga tempat kita kembali
untuk dia yang sekarang mungkin kekuatannya hilang
semua pada kita itu kepunyaan DIA
ya
sedih itu sedih
nabi juga bersedih atas fitrah baginda sebagai manusia
tapi kekuatan iman itu mengatasi segala
hamzah mungkin pergi
dan dia sudah banyak menyumbang untuk perjuangan ini
tapi Allah insyaallah akan ganti
dengan 'umar,saad,abu bakar,bilal,huzaifah,salman
siapa sahaja yang Dia mahu
jangan di sedihkan
jangan di khuatirkan itu semua
bukankah itu takdir dari Dia?
bukankah takdir dariNya itu yang terbaik?
sabarlah wahai diri
kuatkan kesabaran itu
redhalah
Allah mahu menguji
Dia sedang memerhati
aku doakan moga Allah tunjukkan hikmah itu
kerana tiada mungkin Dia berikan sesuatu
yang tiada harga
yang nilainya sia sia
carilah pertolongan dari Dia
dengan solat dan sabar!
Comments
Post a Comment