Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2011

[23 februari 2011]

banyak mende nak ulas. antaranya 1. ikhwanul muslimin yang tak keberatan nak terima orang bukan islam sebagai ahli kabinet parti baru dia. jadi, apa masalah kita yang duk marah PAS bekerjasama dengan DAP? 2. tentang datuk saifuddin,timbalan menteri pengajian tinggi malaysia. ni baru betol orang ada akal bercakap. tabik spring walau dia orang umno. islam is about justice. patutla kalau mahasiswa nak dia jadi menteri KPT. mantap~! (setakat ni la) 3. banyak lagi. tapi da tak ingat. nanti nanti la.

[di sebalik]

1. naruto watched naruto, i'm juz seeing myself. boleh menangis. serius, aku banyak ambil kekuatan naruto. 2. code blue 2 "there is no easy way to heal emotional scar. i juz think it this way, 'wound in the heart are undoubtedly necessary. thats because, bearing wounds in our heart, make us aware of other people's pain' ". 3. cerita cerita jepun banyak menunjukkan, inilah realiti yang mereka mahukan, yang mereka harapkan. kerana, masyarakat dan institusi keluarga mereka sudah hilang strukturnya.

[perpaduan?]

Dengan namaMu Allah, aku bermula hari ini 12rabiulawwal sambutan maulidur rasul peringkat kebangsaan di adakan di masjid besi, putrajaya saya nak ulas sikit tentang ucapan dato' khir johari dia kata kita mesti kekalkan perpaduan yang ada, ambil pengajaran tentang apa yang berlaku di mesir owh saya 'berapi' mendengarnya dengan suuzon saya, ini yang bergema di kepala semasa itu "ingat demonstrasi yang di buat tuh sebab diorang tak berpadu, tak bersatu ker???" dengan husnuzon saya, ini yang terfikir di benak fikiran "aah. bersatulah. berpadulah seperti mereka menumbangkan regim yang zalim pada rakyat~!"

[9 rabiulawwal]

Dengan namaMu Allah, aku bermula rabiulawwal kebiasaannya, ketika ini di tanta, kami sentiasa di ingatkan dengan kelahiran manusia agung bernama Muhammad 9 rabiulawwal tarikh ini yang lebih kuat di sepakati para ulama untuk mengatakan bahawa ianya detik kelahiran rasulullah pulang ke malaysia, saya mencari cari roh rabiulawwal jika tahun lepas saya mencarinya bersama sama ain dengan menaiki bas ke kaherah semata mata untuk ke makam asy syafie pada 12 rabiulawwal, khamis dan kami sampai pada waktu asar. tepat pada waktu yang di katakan bahawa rasul akan melawat asy syafie. namun, untuk tahun ini, saya seorang. di malaysia. benarlah kekuatan tarbiyah itu di nilai bagaimana kamu membawa diri, bila kamu sendiri~! ya rasulullah, layakkah aku menjadi ummatmu?

[sebaik baik perancangan]

Dengan namaMu Allah, aku bermula peribadi dan kuasa yang bernama Mubarak (kawan saya panggil dia Murtabak) sudah jatuh, di jatuhkan. semua sudah tahu itu gerakan rakyat yang di cetuskan oleh para syabab dan nisa' kelahiran bumi Mesir itu berhasil menjatuhkan penguasa zalim yang mencengkam rakyat lebih 30 tahun lamanya. di fikiran ketika itu, "bilalah agaknya mahasiswa mahasiswi, pemuda pemudi di Malaysia akan turut bangun dan sedar seperti mereka?" aduh, serius saya cemburu malangnya, mahasiswa, para pelajar di universiti tempatan, hanya di sogok dengan hiburan semata mata, hingga budaya keilmuan turut terhakis. yang di kejar bukan ilmu, tetapi pointer dan merit. (saya juga pernah sebegitu). hingga jadilah mereka orang yang tidak peduli dengan isu semasa. maafkan jika saya pesimis. tetapi itu realiti yang saya lihat. cuti musim sejuk kali ini, memang dalam cita untuk tidak berada di mesir. saya mengharap untuk menghirup udara hembusan al fateh selepas pakej umrah yang say

[agak agak?]

Dengan namaMu Allah,aku bermula hampir 3 minggu rumah ini saya tinggalkan dengan pelbagai episod kehidupan yang Dia takdirkan untuk saya saya hanya mahu kongsikan satu video untuk kalian kali ini kerana ada kata kata dia yang buat saya suka kata dia 1."to put one's will under the will of God"-bila di tanya apa itu Islam pada dia 2."when you become muslim,you lose friends, but you get brothers" agak agak, kita yang Islam turun temurun ni, boleh ke beri pengertian Islam macam yang dia kasi?