Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2018

[menulis dan penulis]

Saya mula menulis sejak umur saya 18 tahun. Mula mengenali usrah semasa memasuki matrikulasi, saya bertemu dengan rakan rakan dan senior senior hebat di dalam bidang pengucapan dan juga penulisan. Saya tidak pernah tahu yang saya mempunyai bakat menulis (walaupun rakan sekelas semasa di tingkatan 5 pernah menyuarakan bahawa cara penulisan karangan Bahasa Melayu saya sama gaya dengan tulisan majalah. ini gara gaya terlalu banyak membaca majalah muslimah, al islam dan seumpamanya dahulu.) Sehinggalah suatu masa, seorang senior saya bertanya kepada kami junior junior, siapa yang mahu menjadi lebih baik dan bersedia untuk dilatih untuk menulis. Saya beranikan diri untuk menerima cabaran. Saya masih ingat, artikel pertama yang diberikan kepada saya untuk ditulis bertajuk "Adakah Malaikat itu Islam?" Maka bertungkus lumuslah saya yang berusia 18 tahun ketika itu mencari bahan bacaan dan kitab yang berkaitan untuk dibaca dan ditelaah. Pinjam sana dan sini, sehingga dipinjam b

[Alasan apa lagi?]

Aku ini tak adalah pandai sangat arab. Tapi sikit sikit, bolehlah faham beberapa ayat bila imam baca dalam solat. Cukuplah buat diri memuhasabah dan buat jadi modal untuk hadirkan rasa dalam taubat pada Dia. Hari ini, imam bacakan surah Al Infithar dalam solat Isyak. Sampai pada ayat, "ya ayyuhal insaan. Ma gharraka birabbikal Kareem", dada jadi sebak. Mata bertakung. Allah tanya, "Wahai sekalian manusia. Apakah yang telah memperdayakanmu (sehingga kamu berlaku derhaka) kepada Tuhanmu Yang Maha Pemurah?" (6) Allahu. Maafkan kami Tuhan. Banyak sungguh alasan kami dalam berbuat dosa padaMu. . . . Dengan sebegitu banyak rahmat dan nikmat yang diberi pada kita, kita tetap tega untuk berlaku derhaka pada Dia. Bila tersilap langkah, cepat cepat kita sedapkan hati; "Dosa kecik je ni" "Nanti aku mintak ampunlah" "Allah tahu. Aku bukan sengaja" Begitulah kita sehari hari. Mencipta alasan bila tersasar dari jalan Dia.

[hak cipta yang diwakafkan]

Bismillah. Oleh kerana blog ini baru dapat dibuka, saya mahu abadikan kenangan tulisan saya yang boleh dikatakan tular ke seantero Malaysia, tanpa mendapat kredit sedikit pun. Cerita ini bukanlah untuk mendapatkan kembali hak reka cipta tersebut, kerana sudah saya ikhlaskan untuk diwakafkan sebagai manfaat kepada ummah, dan segala pahala darinya saya niatkan kepada kedua umi dan ayah. Tulisan ini hanyalah sebagai cerita belakang tabir bagaimana kedua karya tersebut boleh terhasil. karya pertama adalah yang ini . . Al kisahnya, tulisan ini terhasil semasa saya sedang menyiapkan proposal untuk subjek Research Methodology di pengajian sarjana sekitar Disember 2013 dan awal tahun 2014. Semasa itu, saya sudah beberapa hari demam. Being such a manja and gedik girl, saya dah mula rasa sedih dan tak larat. Padahalnya, demam tidaklah teruk mana pun. Suam suam kuku sahaja.  Tapi oleh kerana saya perlu menyiapkan proposal yang saya tidak pernah buat pun sebelum ini, tuga

[after several years]

Bismillah. MasyaAllah Tabarakallah. Tak tahu macam mana nak gambarkan gembiranya hati lepas dapat unlocked semula blog kesayangan ini. Sudah lama mahu menulis kembali di sini, tetapi malang, saya lupa kata laluan. Bukan setakat kata laluan, bahkan lupa emel mana yang digunakan untuk mendaftar blog ini😅 Alhamdulillah, Allah berikan ilham pada malam 28 Ramadhan 1439H bersamaan 12 Jun 2018 ini. Bukan tidak mahu buat blog lain, tetapi domain blog ini adalah nama saya. Maka saya rasa, saya perlu untuk berjuang mendapatkannya semula. ecewah. P Insyaallah, akan cuba memanfaatkan sepenuhnya kembali blog ini dengan perkongsian yang bermanfaat, agar menjadi amal jariah dan sesuatu yang boleh dibanggakan selepas saya tiada di dunia. Juga sebagai tempat untuk saya abadikan kenangan dan foto foto. hehehe. 7 tahun yang lalu, umur saya 23 tahun. 2018, saya sudah 30. Harapannya, moga adalah perubahan baik dalam diri sehingga ia terjelma dan tergambar melalui bentuk penulisan. Jika masih k