Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2019

Motivasi dari perokok

Cerita inspirasi hari ini. Jadilah seperti perokok. Apa saja orang kata, orang buat, dia redah dan terima. Fatwa kata haram, dia cari dalil makruh. Rokok naik harga? Dia rilek. Rokok susah nak dapat? Dia seludup masuk sekolah. Mesti jarak 3m dari kedai makan? Dia tarik meja jauh ke luar. Hati punya sado.

Hadiah paling rare abad ini!

Takde beli apa apa pun, tapi dapat parcel. Takde dah orang lain nak buat surprise macam ni kalau bukan Ain Alyaa. Nak nanges dapat hadiah ni. This is beyond beautiful. I dont have words for this. Never had my name crafted on wood like this. Siap dengan my ig tagline "Wisdom Seeker" lagi. Terima kasih Ain. Sebab terlalu baik pada saya. Terima kasih Allah. Sebab temukan kami. Speechless. Serious. Tak tahu nak ucap apa

We determine who we attract

Kawan kawan seller online saya ramai yang saya tengok mengadu tentang sikap customer mereka. Ada yang cerita pasal customer yang tak nak bayar duit COD, tak nak tanggung kos postage, jenis mulut 'takde insurans' dan sebagainya. Walaupun ianya adalah sikap individu yang tidak terletak ke atas bahu seller untuk dipersalahkan, tetapi korang kena tahu, gaya penulisan korang di Fb menjadi faktor penarik kepada jenis customer sebegini. Lama dulu, saya pernah baca satu tulisan daripada Tuan Irfan Jani tentang masalah yang berlaku kepada kenalannya. Bisnes restoran sahabatnya itu sangat laris. Ianya hasil daripada iklannya yang viral di Fb. Memang tak cukup kakitangan. Agaknya kalau usus yang panjang bermeter meter tu boleh bekerja, dia tarik usus bawak keluar kot. Ahahaha. Gitulah nak kata bisnes dia yang power sangat tu. Tapi dia berdepan dengan masalah yang sangat memberi tekanan kepada dia dan pekerja pekerjanya. Customer yang datang rata ratanya sangat kurang ajar kepad

Suami saya Gay, apa perlu saya buat?

Sekarang ini, ramai perempuan takut nak kahwin. Selain sebab faktor semakin ramai lelaki yang tak bertanggungjawab, kes suami yang gay dan biseksual pun dah bukan satu benda asing. Semakin banyak kedengaran sekarang. Ini saya tuliskan panduan daripada panel jemputan di radio IKIM yang saya dengar tadi. Isteri isteri yang ada rasa was was pada suami kena take note benda ni. Supaya kita boleh menang jika kes di bawa ke mahkamah dan tidak dikata orang sebagai terlalu mengikut emosi. 1) buat senarai dan checklist. Contohnya si suami terlalu khusyuk menonton drama atau filem yang pelakon lelakinya sado dan jambu. Khusyuk yang pelik sampai meleleh air liur (ok. Ini hiperbola. But you know what i mean). Jika instinct anda betul, biasanya kelakuan mereka akan menunjukkan satu pattern yang obvious. So buat diari. Jot down everything. Kumpul bukti. 2) ada kes, bila si suami sedar kegiatannya diketahui isteri, dia bertindak ganas dan melakukan kekerasan fizikal. Bila isteri mahu keluar

Seni Komunikasi

Tetengah masak, boleh kepala menerawang jauh. Tetibe masuk bab komunikasi. Tak tahulah kenapa. Teringat tentang satu slot yang saya jadi pengisinya semasa di Mesir dulu. Jarang yang amat saya jadi pengisi program. Seingat saya, sepanjang 6 tahun lebih kat sana, tak sampai 5 program pun yang saya jadi penceramah. Dan program itu adalah program terakhir saya sebelum balik ke Malaysia. Banyak kali jugak saya fikir samada nak terima atau tak jemputan tu. Sebab pesertanya bukan calang calang. Semuanya adalah pengerusi, timbalan pengerusi dan jawatan kuasa tertinggi persatuan persatuan pelajar Malaysia seluruh Mesir. Ahaha. Dengar pun dah kecut perut kan. Kena pulak yang kat depan tu ada ustaz ustazah. Pehh. Memang cuak. Tapi last sekali, saya terima jugak. Kenapa entah. Dan ironinya, topik yang saya kena bentangkan adalah tentang seni komunikasi. Ahahahaha. Rasa macam salah orang sebenarnya. Sebab pengalaman saya sangatlah kurang kalau nak dibandingkan dengan orang lain. Tapi dig

Hikmah dari Takdir Takdir Tuhan

Sebagai manusia, kita selalu rasa apa yang kita fikir dan mahu itu adalah yang terbaik untuk diri kita. Nak anak cepat dan ramai. Nanti anak dah besar, kita masih gagah lagi dan boleh gilir gilir jaga kita. Nak habis belajar cecepat, nanti boleh cari kerja dan tanggung keluarga laju laju. Nak kerja dekat dengan keluarga, nanti senang kalau ada masalah, kita boleh terus balik. Tapi hakikat tersirat yang mungkin berlaku di hadapan, yang Allah sembunyikan, kita tak tahu. Anak tak ada @ baru seorang pun solat dah hujung hujung waktu. Nanti sibuk dengan anak, solat jadi macam mana? Phd tak siap siap boleh jadi sebab kita belum layak pegang title Dr. Allah tahu, beban ilmu itu terlalu besar untuk kita pikul. Maka Dia tangguhkan sehingga betul betul kita bersedia menanggungnya. Cari kerja di kampung sendiri tak dapat dapat. Mungkin sebab Allah mahu mengelakkan kita dari mendapat dosa menjadi anak toleh. Duduk dekat dekat, kadang kadang lebih banyak buruk dari baik.

Aisyah dulu vs Sekarang

Aisyah yang dulu, orang takut nak dekat. Nak senyum tunjuk gigi tu memang haram la. Banyak keadaan, Aisyah ni muka ketat handsome macam ni la. Orang tak selesa dan susah nak rapat (cause i also distance myself from people). Juga sebab saya memang main bantai je orang kalau saya ada tak puas hati. Sejak dah balik Malaysia dan masuk bidang kaunseling, saya dah berubah banyak benda.  Paling obvious, jadi lebih ramah dan muka lebih manis. Orang pun jadi lebih senang nak berbual dengan saya. Dan rata rata kawan kawan Mesir yang dah lama tak jumpa, bila jumpa memang akan cakap, "Aisyah dah lain sekarang." Dua tiga hari lepas, saya terbaca satu kata kata. "People dont look at your personality first. People judge you automatically by your looks and then try to get to know your personality. But the second they dont like your looks, they dont get to know you." Kata kata ini buat saya terfikir banyak benda. Jadi muhasabah pada saya. Bahawa, muka kita yang

Tips password akaun mengelakkan daripada dihack

Dulu, semasa saya menonton MHI, pengacara Fedtri Yahya pun ada berkongsi pengalaman akaun banknya diceroboh dan dibuat pengeluaran duit berturut turut. Ngeri weh. Macam manala kalau jadi pada kita. Tetibe tengok akaun bank kosong. Habis duit kena kebas. Menangis air mata darah la. Huu.. Ok. Ni saya kongsi tips mengelakkan akaun media sosial dan akaun bank online anda daripada digodam. Tips ini daripada kawan saya, seorang bekas programmer Intel. 1) Guna password yang panjang dan bercampur. Teorinya adalah, semakin panjang dan kompleks password anda, semakin susah hacker dapat pecah masuk akaun. Ada 4 jenis password 5 character password (huruf kecil): boleh dipecah masuk dalam masa 2 minit sahaja. 5 character password (gabung huruf kecil dan nombor): boleh dipecah masuk dalam masa 10 minit. 5 character password (gabung huruf kecil dan besar): boleh diceroboh dalam masa 1 jam. 8 character password (gabung huruf besar, huruf kecil dan simbol): mengikut kajian, ia han

Sekali sekala kenakan orang. kikiki

Relatif hidup kita

Zaman belajar di matrik negeri 9 dulu, saya diperkenalkan dengan satu blog. Tulisan seorang ustaz yang saya kagumi sampai sekarang.  Nak kata obsesnya dengan tulisan ustad ni, sampaikan rela pergi library hari hari, masuk bilik komputer sebab nak guna internet. Padahal tak pernah hayat nak jejak library KMNS. Yang kelakarnya, sebanyak banyak kunjungan ke situ, saya tak masuk langsung pun ke bahag ian buku. Hahaha. Nampak tak fokus saya tahap macam mana. Kikiki. Zaman tu, laptop bukan keperluan lagi. Handphone pun tak pintar. Dapat pakai nokia rama rama tu pun dah rasa mewah sangat dah. Jadi, nak tak nak memang kena pergi library. Percuma. Tak payah bayar. Kenapa saya fanatik sangat dengan tulisan ustad ni? Sebab tulisan dia sangat membuka minda saya. Banyak benda yang dia tulis tu saya tak pernah terfikir selama ini. Dan setiap penerangan yang dia bagi, mesti akan diberikan analogi supaya lagi mudah faham (gaya ini saya tiru dalam pengucapan dan tulisan saya kemudiann

Kamu tak tahu.

22 Disember 2018 Hari ni, saya faham dengan sebenar kefahaman, apa yang Allah maksudkan bila Dia kata-- "boleh jadi, apa yang kamu suka belum tentu baik bagi kamu. Dan boleh jadi, apa yang kamu tak suka adalah baik untuk kamu. Kamu tak tahu. Allah-lah yang lebih tahu." Al kisahnya, hari tu, saya pelik dan ada lah sikit geram kenapa SEMUA no telefon contact adik saya, masuk dalam phone saya. Ye lah. Dia makan space kot. Mana bolehhh. Habislah kuota memory card saya. Ahahaha. Telefon adik saya tu telefon lama saya. Saya beli yang baru bulan 11 hari tu untuk tujuan bisnes. Tapi, akaun google drive untuk back up, semua saya dan adik dah tukar. Sebelum saya bagi pada dia, saya dah log out semua akaun saya di phone tu. Fb, Ig, Google Mail. Semualah. Itu yang saya pelik kenapa contact dia masuk dalam list saya. Tapi mujurlah, Allah tak gerakkan hati saya untuk delete. Sebab cerita hari ini yang boleh bagi lemah jantung. Pagi ni, macam biasa, umi akan kejutkan kami a