Skip to main content

[imtihan]

imtihan sedang menuju ke penghujung,ke garisan penamat
kebiasaan saya,bila sesiapa bertanya tentang imtihan
saya hanya jawab 'no comment'
ramai sudah tahu itu
bukannya kerana tidak mahu memberi jawapan
cuma bagi saya
saya sudah berusaha,mengikut kemampuan saya
saya tidak mahu bandingkan ia dengan orang lain
setiap orang ada kapasiti masing masing yang Allah anugerahkan
jadi
selepas saya usaha
boleh dijawab atau tidak
urusan saya sudah selesai.sudah langsai.saya sudah BERUSAHA
hanya tinggal untuk TAWAKKAL.
dan yang terakhirnya adalah REDHA

saya mahu tinggalkan selebihnya pada Allah
jika ia pun,saya perlu ulang kertas
apa yang mahu saya katakan?
ya.saya belum pernah mengulang mana mana kertas
saya tidak layak untuk berkata begitu
namun tulisan ini keperluan untuk saya
keperluan akan datang
jika betul saya perlu mengulang

kita biasa berkata
"kenapa ya Allah,kenapa aku diuji begini?apa salah aku?"
saya ambil kata kata adik saya di rumah dia

wah!kamu itu tidak berdosa langsungkah?hingga tidak perlu diuji?
kita sentiasa layak diuji
kerana kita ini hamba,bukan apa apa!

jadi,begitulah.
itulah imtihan untuk saya
saya punya subjek terakhir untuk tahun ini.tahun ke empat saya di sini.
saya mohon doa dari kalian
untuk doakan yang baik baik sahaja untuk saya
saya juga doakan kalian-yang membaca ini-
semoga Allah berikan yang terbaik untuk kita

bukankah kita ini orang beriman?
buruk atau baik yang datang,semuanya baik untuk dia!

Comments

  1. sangat setuju~
    apa je yg Allah beri dan Allah taqdirkan
    semua itu adalah yg terbaik buat diri kita
    cuma kita kdg2 silap menafsir pemberianNya
    -menafsir dpd pndangan dunia dan mnusia..

    ReplyDelete
  2. yeah!
    tu die kak esyahkusyg *wink2*
    doakn sy jugek~~~T_T

    ReplyDelete
  3. yea
    doa untuk semua
    doa utk sahabat lebih mudah allah makbulkan
    lebih lebih lagi dengan rasa kasih dan sayang~

    ReplyDelete
  4. ye,saya setuju...

    post mantap saat ini,syukran atas kematapan post anda,penasihat

    penasihat,we love you!hehe

    ReplyDelete
  5. setuju sngt..
    semalam histo xdpt nk buat..bc + hafal yg lain..TOTALLY keluar yg lain..yg xjangke pulok tu..keluar yg general je..kite nie hafal punye la hafal yg susah2..last2 keluar yg biase2 je yg luqme xtekan sngt..
    ape2 pom ..berserah pada yg Maha Esa je..

    ReplyDelete
  6. owh
    siapakah luqman ini
    tidak kukenali
    heeee
    adik tahun 1 ek?
    no comment ye dik:)

    ReplyDelete

Post a Comment