Skip to main content

[hati vs akal]

Dengan namaMu Allah,aku bermula

penulisan dari hati,bisa menyentuh hati yang lain
penulisan berasaskan akal,mampukah menyergah minda yang lesu?
mampukah menyentak fikiran yang tidur?
mampukah mengejut lena yang panjang?

Allah
beratnya amanah yang sedang,bakal dipikul
semua itu akan di tanya di hadapanMu Allah...
dipersoalkan

beban yang ada pun sudah mahu rebah aku rasakan
bagaimana dengan tambahan yang Kau berikan ini?
bagaimana dengan tanggungjawabku yang lainnya Allah?

Kau ciptakan aku dengan keadaan yang susah dan payah wahai tuhan
jadi aku mohon
jangan pernah Kau tinggalkan
jangan pernah Kau biarkan
jangan pernah Kau ketepikan

kerana aku hanya punya Engkau
kerana kuat itu hanya Engkau
kerana yang lemah itu aku!

ikut merit,bumi hanya dapat 59,non bumi 241.jauhnya kita dengan non muslim~.saya tidak suka perkataan bumi dan non bumi.habis tuh,kalau yang cina india masuk islam,dia nak kategori mana,bumi ke non bumi?bukankah islam sahaja yang membezakan kita?bukannya kaum!

Comments