Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2019

anak luar pernikahan

Tak sampai seminggu duduk rumah sewa, kau dah cari gaduh dengan housemate Syah. Ape hal. Tak. Bukan gaduh. Tapi saya tak boleh terima apa yang dia cakap tadi. Jadi, bincanglah. Tapi Aisyah bila bincang, bunyi macam bergaduh. Al kisahnya tadi tengok drama pukul 7. Keluar kisah pasal suami dia ni haramkan duit untuk anak luar nikah isterinya. Housemate terus cakap, memang tak boleh bagi. Haram untuk dia. Sebab dia anak luar nikah. Kata dia, anak luar nikah ni, kalau buat amal soleh pun, tak dapat pahala. Hidupnya tergantung. Tak ada hak langsung dalam Islam, tidak boleh dibuat baik dan nanti mati memang tak masuk syurga. Innalillahi wainna ilaihi raajiun. Mengucap panjang saya. Sebelum ni, bila kak Fynn Jamal cerita pasal adanya pandangan masyarakat seperti ini tentang anak tak sah taraf, saya tak pernah percaya. Sebab tak pernah dengar di telinga sendiri. Bila dengar, rasa macam halilintar. Berdesing telinga. Ya Allah. Kejamnya Islam kalau begitu. Anak itu tak buat apa apa. Tapi mewaris

Istigfar dan powernya

"Aisyah, if you want something, recite istighfar. Istighfar is powerful." "and why is that? Who said so?" "because Allah said in the quran, if you want money, husband, children and rizq, made istighfar." "Which surah is this, brother?" "Nuh." "Aisyah, look. I came from my country alone. Without anything. I didnt know anyone here. But Alhamdulillah, Allah gave me job, i have house, i even will get engage soon. Istighfar is powerful. Believe it." . . 10: Mohonlah ampun kepada Tuhanmu, -sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun. 11: niscaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat 12: dan membanyakkan harta dan anak-anakmu, dan mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan (pula di dalamnya) untukmu sungai-sungai.”

Dunia dan ketidak sempurnaannya

Hari ini, saya bertemu seorang kanak kanak umur 11 tahun yang impiannya adalah untuk tidak berkahwin selama lamanya. Kerana tidak mahu kebebasannya tersekat selepas menjadi isteri. Hari ini juga saya bertemu seorang anak gadis yang bimbang dengan masa depannya jika berkahwin, kerana merasa tersepit dengan tanggungjawab si lelaki kepada ibubapanya. Dalam masa yang sama, dia mengakui lelaki itu se orang lelaki yang baik. Begitulah hidup. Win some. Lose some. Kita nak lelaki handsome, tetapi dia mungkin tak berduit. Kita nak suami yang lemah lembut tuturnya, tapi eh, muka pulak tak sekacak model. Kita mahu kerja yang gajinya tinggi, tetapi yang ada pula semuanya mesti merantau jauh dari keluarga. Jika fokusnya pada apa yang kita mahu, maka tiada satu pilihan pun yang dapat memenuhi semua itu. Sebab itu-lah sifat dunia. Tidak sempurna. Maka kata kuncinya kembali kepada satu perkara-- Berapa banyak yang sanggup kita KORBANKAN untuk dapat apa y

PW dulu dan sekarang

Boleh tahan hangat kisah page PW suatu masa dulu Saya mula kenal PW bila ust Hasrizal yang cadangkan untuk baca, dengan niat murni supaya PW dapat menangkis hujah hujah mengarut masyarakat secara profesional dan saintifik. Tapi bila PW mula popular dan menjadi rujukan masyarakat, bahasanya mula jadi lebih sinis, semakin menyakitkan hati, sarkastik dan seumpamanya. Sejak itu, saya jauhi page ini. Bukan sebab nak elakkan unsur negatif. Tapi saya sangat yakin, bahawa kebatilan tidak akan terhapus jika dilawan dengan cara batil. Kerosakan dan kejahilan dalam masyarakat, tidak akan terhapus jika ditentang dengan jalan merendah rendahkan, mengutuk, memerli dan membuli. Ia bahkan akan membawa kerosakan yang lebih besar. Terlalu banyak contoh yang ada di media sosial. Dan sudah banyak figure yang saya tinggalkan di media sosial ini, baik mereka itu orang jemaah, orang politik, orang agama, orang akademik atau pun selebriti. Bila mula sahaja mereka berbahasa dengan bahasa sukhriyyah, ia menjadi

Tribute untuk Dr Morsy (18 Jun 2019)

Satu satunya kenangan meraikan kemenangan rakyat Mesir. Kegembiraan meraikan kemenangan parti FJP ke atas parti konco konco Husni Mobarak adalah lebih hebat dan intense daripada perasaan menjatuhkan parti UMNO dan BN di Malaysia yang berkuasa berpuluh tahun itu. Kalian tidak tahu betapa sengsaranya rakyat Mesir di bawah pemerintahan kuku besi dan logam itu. Selepas sahaja Dr Mursi naik menjadi presiden, perkara pertama yang kami wafidin (pelajar asing) dapat rasakan manfaatnya adalah dengan mudahnya urusan memperbaharui visa. Kalau sebelum itu, urusan visa ini sangat menyakitkan hati kerana terlampau lama prosesnya sehingga mesti ponteng kuliah, di zaman Dr Morsi, ianya siap dalam tempoh 1-2 jam sahaja. Banyak lagi yang berlaku sepanjang 2 tahun lebih pemerintahan beliau. Dan kami semua orang asing dapat menumpang rahmat daripadanya. Tetapi politik Mesir terlalu jahat, kejam dan rumit. Dan saya pun tidaklah terlalu mengikuti kesemuanya. Yang saya tahu, Dr Morsi adalah orang yang baik.

Fitnah metamorphosis

DI SETIAP KALI pendapat saya bertentangan dengan pendapat majoriti rakan atau masyarakat, inilah antara doa yang saya akan teringat dan baca, selain dari doa "Allahumma arinal haqqa haqqan..." Doa ini doa Nabi Syuaib. Tetapi tidaklah saya pernah beramal dengan doa ini sehinggalah mendengar sendiri kisah ke'power'annya dari mulut seorang ulama besar Mesir, semasa saya belajar di sana. Doa inilah yang menjadi asbab untuk dia terlepas daripada dipenjarakan oleh polis Mesir yang diketahui sangat zalim itu, sedang dia bukan orang yang salah. Inilah doa yang Syeikh Yusri Rusydi al Hasany, yang berketurunan Rasulullah SAW ini baca sebaik dia melangkah masuk ke balai polis itu. Memohon semoga Allah membukakan jalan kebenaran di antara dia dengan mereka yang perlu dia berhadapan. Ujian dan ibtila' dari Metamorphosis ini besar rupanya. Moga Allah menunjukkan jalan kebenaran untuk kita dan masyarakat kita. Kerana sesungguhnya, kebenaran itu hanya milik Dia.

Beautiful love story

Cerita ini buat saya senyum lebar tersengih sengih hari ini. Bila cikgu kat sini tetibe hulurkan telefonnya dan suruh saya dengar suara isterinya menyanyi dalam voice note yang dihantar padanya. Sudah berkahwin lebih dari 5 tahun. Namun belum direzekikan anak. Mereka baru sebulan PJJ. Isterinya melanjutkan pengajian sarjana di China. Bila saya dengar, masyaAllah. Sedap sekali suaranya. Berlenggok lenggok seakan akan dia benar benar penyanyi. "she has a nice voice!", i said. "nice chef, nice voice.", he replied. "You are lucky to have her." "No, i'm the luckiest!", dengan muka penuh bangga. And just like that, ayat ini, bikin hati saya berbunga bunga. "you really love her sooo much!" And he smiled. Beautiful love story. Right?

Doa dan masanya

Kadang kadang, Allah makbulkan doa kita bukan untuk kita. Tapi supaya kebaikan dari doa itu dapat kepada orang orang di sekeliling kita. Ada masanya juga, Allah tak makbulkan doa kita, sebab ia bawa keburukan pada orang lain. Maka, yang perlu kita buat bukanlah untuk memaksakan kehendak kita pada Allah. Tetapi untuk terus bersangka baik dengan Dia, bahawa Dialah yang lebih tahu segala galanya.

Ayoh

. . Akak tahu akak belum dapat dan takkan dapat balas jasa ayah sampai mati. Tapi akak harap, sekurang kurangnya akak dah capai tahap yang ayah dah tak perlu risaukan akak. . . .

Fitnah yang lena

Rutin ayah pagi pagi lepas sarapan jam 6.45 adalah masuk 'kebun' tengok tanaman, bancuh baja, racun organik dan sebagainya sampailah pukul 10. Tapi hari ini rutin ayah berbeza sikit. Ayah dan umi pergi rumah jiran belakang. Keretanya out of battery. Jiran belakang ni semuanya perempuan, student UITM. Biasalah, perempuan. Kikiki. Bukan cerita jumping battery tu yang saya nak kongsi. Tapi tindakan ayah yang ajak umi pergi bersama sama itu yang saya nak highlight. Padahal boleh je ayah pergi sesorang.  Pagar dia dan kami bersambung. Jelas je kalau tengok dari rumah. Saya percaya, tindakan ayah itu adalah sebab untuk menghalang dari fitnah terjadi. Yelah. Rumah semua perempuan. Kalau tetibe ayah pergi, mestilah pelik.  Walaupun terang benderang pepagi buta, ayah pun dah umur 60lebih dan fitnah itu MUNGKIN mustahil untuk timbul, tapi bila dah namanya lelaki dan perempuan, tetaplah juga kena berhati hati. Sebab fitnah itu tidur. Bila bila masa ia

Kenapa PAS konsisten dengan hudud dan qisas?

Tulisan ini saya tujukan kepada rakan rakan non Muslim, dan juga Muslim yang masih belum faham kenapa PAS bersungguh sungguh mahukan hudud dan qisas menjadi undang undang dalam negara. Tragedi Christchurch adalah satu contoh bagus untuk kalian faham tentang qisas. Qisas maksudnya hukuman balas. Bunuh balas bunuh. Luka dibalas luka. Cedera dibalas cedera. Dalam Islam, bila seseorang itu sudah sabit kesalahan membunuh dengan SENGAJA (with intention), hukuman balas adalah tertakluk kepada wali dan ahli keluarga. Bukan hakim. Bukan pendakwa raya. Mereka boleh pilih, samada mahu pesalah dihukum bunuh juga, atau dimaafkan tanpa hukuman. Kenapa? Supaya ahli keluarga mangsa yang ditinggalkan itu terhindar daripada perasaan dendam, sakit hati, kebencian dan sebagainya. Kata Allah, "Dan di dalam hukuman qisas itu ada JAMINAN HIDUP bagi kamu, wahai orang yang berakal fikiran, supaya kamu bertakwa." Al Baqarah: 179 Iya. Hukuman qisas dan b