Skip to main content

[kiamat]


Dengan namaMu Allah,aku bermula

mari berhenti sejenak
seminit,sesaat juga apa salahnya
mari berfikir tentang kiamat

mari bayangkan kiamat
owh,lupa.
kita tiada nabi sekarang.nasib baik Allah turunkan quran

kiamat itu antaranya begini gambarannya
bumi itu di goncang sedahsyat dahsyatnya-zalzalah:1
gunung gunung seperti bulu yang dihamburkan-al qari'ah:5
hari itu banyak wajah yang tertunduk terhina-al ghasyiyah:2
langit terbelah-al insyiqaq:1
bintang bintang jatuh berselerakan-al infithar:2

sudah di bayangkan?dahsyat?takut?
selepas itu?apa refleksi anda?
menangis?insaf?

ini pendapat saya
kiamat itu,ini gunanya

mereka yang meyakini kiamat
mereka terselamat
mereka yang meyakini kiamat
mereka beroleh ketenangan

selamat kerana yakinkan akhirat dan kiamat
kerana mereka percaya bahawa tindak tanduk mereka ada timbangan
perlakuan mereka tidak terlepas dari perhitungan
akhlak mereka ada hisabnya

jadilah mereka itu orang yang takut untuk melakukan dosa,mahu mengerjakan pahala

tenang kerana yakinkan kiamat
kerana mereka tahu setiap yang terjadi pada mereka,Allah mengetahui
setiap yang menimpa mereka,Allah memahami
tiap yang berlaku,Allah mengerti

jadilah mereka itu orang yang berserah
meletakkan segala galanya untuk di hadapkan kepada Allah
untuk dinilai
untuk dihitung
kezaliman yang berlaku,Allah tahu
penipuan yang terjadi,Allah tahu
kejahatan yang menimpa,Allah tahu
serahkan segala gala kepada yang maha tahu!

jadi
mahu takut dalam tenang?
atau kamu mahu selesa dengan dosa?

Comments