Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2010

[untuk umi dan ayah]

entry ini untuk umi dan ayah kat rumah sebab akak tahu irah,syafiq dan sayuti akan buka 'rumah' ni =) akak okeh okeh,baek baek saja kat sini baru ni nak demam,tapi cepat makan ubat kerja tak banyak,tapi sikit pun tak jugak soleh baek baek saja dia tak sabar nak balik malaysia, nak buat projek. projek islah kampung. sedang fikir dan kumpul tenaga tenaga pemikir. akak minta maaf da lama tak telefon rumah jadi cerita kat sini je sekarang dekat tanta nak masuk musim pilihan raya. akak tak jadi calon pun (tak de orang nak da). akak calonkan orang laen jer. duit biasiswa tak masuk lagi.hukhuk bila la nak masuk nih.ayyo,sedih sedih. insyallah nanti akak akan telefon rumah umi ngan ayah tolong doa ke akak neh moga allah jaga sokmo, allah pandu semua gerak langkah, permudah semua urusan. huhuh p/s 1:baru lepas kena tegur dengan baba. baba kata, "awak ada masa pergi persatuan, tapi tak der masa telefon mak?"..huuuuuuu.......minta maaf umi, ayah.

[their impression]

nampak kabus?itu tandanya mereka ini bangun awal=) mereka adik adik saya kali ini ( plus seorang yang sangat sibuk memasak hari itu.hee) moga kami akan saling lengkap melengkapi first impression mereka pada saya semasa mula mula kenal dahulu "seorang yang tegas dan garang.takut woo..."- haish,bila nak lari dari imej ini "tegas,tetap pendirian" "kak aisyah macam muka budak,tapi tak sangka da 4th year"- tak pernah orang komen macam ni kat saya... "kak aisyah pandai solve problem,take things simple" "garang dan tegas"- huhu "akak seorang yang memang mengeluarkan pendapat kalau memang nak bercakap"-honestly, tak berapa faham ayat ini =) p/s 1:entry untuk update blog.heheh

[kuda liar]

Dengan namaMu Allah,aku bermula apakah mereka mempunyai sesembahan selain Allah yang menetapkan aturan agama bagi mereka yang tidak di izinkan (di redhai) Allah?dan sekiranya tidak ada ketetapan yang menunda (hukuman dari Allah) tentulah hukuman di antara mereka telah di laksanakan. dan sungguh, orang orang zalim itu akan mendapat azab yang pedih asy syura:21 selesai menonton sebuah filem. dari iran. berkisar tentang hukuman rejam banyak ketidakbenaran tentang fakta hukuman rejam itu di laksanakan saya tidak mahu mengulasnya. yang saya mahu beritahu ia menakutkan saya sangat menakutkan. saya masih terbayang bayang cara ia di laksanakan tidak sanggup untuk di ulang tonton kali kedua. untuk bercerita pada kalian juga saya tidak mampu ketakutan itulah hasil dari hukuman cara dan gaya Allah. supaya jika ada terniat, ambil iktibar dan tidak berbuat. ----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- p/s 1:ini entry k

[nak jadi orang jenis mana?]

(orang orang yahudi dan orang orang munafik) dengan keadaan bersatu padu sekalipun, tidak berani memerangi kamu melainkan di kampung kampung yang berbenteng kukuh atau di sebalik tembok. (sebabnya): permusuhan di antara sesama mereka sendiri amatlah keras, engkau menyangka mereka bersatu padu, sedang hati mereka berpecah belah (disebabkan berlainan kepercayaan mereka). yang demikian itu, kerana mereka adalah kaum yang tidak memahami (perkara yang sebenarnya yang memberi kebaikan kepada merek a) al hasyr:14 "orang orang yang tak der masalah dan kerja nak buat, akan asyik duk pikir masalah dan menda kecik kecik.nak banding dengan orang yang duk dalam persatuan,banyak masalah besar yang menunggu untuk di selesaikan" -emak orang nak jadi orang jenis mana?

[17 november]

17/11 Fatimah Syahirah namanya sudah 13 tahun sejak dia dilahirkan apa yang saya mahu ceritakan tentang dia? potensi dia besar cuma masih belum terserlah masih muda, tetapi sudah menjadi rujukan kepada teman temannya (jauh berbeza dengan aku yang dahulu, semasa seusia dengannya) sejak kecil, saya pening dengan dia banyak kerenah tapi sekarang, kami sudah boleh berkongsi rahsia =) dia cantik sampai pernah masa dia mula mula nak masuk darjah 1 dulu, adik saya yang lain tak kasi dia pakai tudung. nak tunjuk dia cantik.hahaha.(terbalik betol pemikiran time tuh!) untuk irah selamat hari lahir moga dirimu tumbuh menjadi serikandi Islam, yang tegar mempertahankan agama ini bila di perlukan sudi memberi tenaga untuk dakwah dan bersedia untuk di tarbiyah ingat, kamu wanita muslimah~!

[rukun dakwah]

satu perkara yang saya benci dan paling boleh buat mood saya berubah serta merta adalah kamu bercakap dengan nada merendah rendahkan saya yerp saya banyak kekurangan, sangat mungkin niat kamu lain, untuk memangkin semangat saya untuk berbuat dengan lebih baik tapi hakikatnya cabaran yang kamu beri itu saya memang tidak berminat untuk dengar dan terima sekali pun ia benar rukun dakwah ada 4 saya lebih mahu di marah daripada di rendah rendahkan kena marah, ada masa saya bermain dengan ego tapi SETIAP KALI di rendah rendahkan, ego saya MESTI akan ada. saya bukan mahu cerita saya ini bagaimana, bukan mahu kamu tahu cara bagaimana untuk berkomunikasi dengan saya saya cuma nak cakap, saya sakit setiap kali perkara itu berlaku~!

[eid adha 1431H-1]

sekali imbas,bila tengok unta, rasa macam padang pasir. syah dan sya =) p/s 1:pagi pagi lagi da dapat berita tak best.hukhukhuk.

[jalan pahala]

Dengan namaMu Allah,aku bermula manusia tidak jemu memohon kebaikan, dan jika di timpa malapetaka, mereka berputus asa dan hilang harapannya. dan jika Kami berikan kepadanya suatu rahmat dari Kami setelah di timpa kesusahan, pastilah dia berkata,"ini adalah hakku, dan aku tidak yakin bahawa hari kiamat itu akan terjadi. dan jika aku di kembalikan kepada tuhanku, sesungguhnya aku akan memperoleh kebaikan di sisiNya." maka sungguh, akan Kami beritahukan kepada orang orang kafir tentang apa yang telah mereka kerjakan, dan sungguh, akan Kami timpakan kepada mereka azab yang berat. dan apabila Kami berikan nikmat kepada manusia, dia berpaling dan menjauhkan diri (dengan sombong), tetapi apabila di timpa malapetaka maka dia banyak berdoa. fussilat:49-51 di sana,pertolongan itu hanya dari Allah yang maha benar. Dialah (pemberi) pahala yang terbaik dan (pemberi) balasan terbai k al kahf:44 adikku sofwan Allah ada sesuatu untuk kamu bersabarlah nikmatnya air itu di minum selepas kamu

[guan eng]

kata ibnu taimiyah "sesungguhnya Allah taala mengekalkan sesebuah kerajaan yang adil walaupun pemerintahnya kafir dan akan menjatuhkan kerajaan yang zalim walaupun pemerintahnya muslim" long live GUAN ENG~! p/s 1: inilah ahli parlimen cina yang di penjarakan kerana membela gadis yang di rogol ahli parlimen melayu. boleh baca di sini

[seni]

soleh,iwan adik adik da besar komunikasi pon da berubah

[mencari makhluk bernama TENANG]

Dengan namaMu Allah,aku bermula sesungguhnya orang orang yang berTAKWA berada di dalam taman taman (syurga)dan mata air. mereka mengambil apa yang di berikan tuhan kepada mereka.sesungguhnya mereka sebelum itu (di dunia) adalah orang orang yang berBUAT BAIK. mereka SEDIKIT SEKALI TIDUR PADA WAKTU MALAM dan pada AKHIR MALAM MEREKA MEMOHON AMPUNAN (kepada Allah) dan pada HARTA BENDA mereka ada HAK ORANG MISKIN YANG MEMINTA DAN ORANG MISKIN YANG TIDAK MEMINTA az zariyat:15-19 ------------------------------------------------------------------------------------------------ dan sungguh, Kami telah menjelaskan berULANG ULANG kepada manusia dalam al quran ini dengan berMACAM MACAM PERUMPAMAAN tetapi kebanyakan manusia TIDAK MENYUKAINYA BAHKAN MENGINGKARI(nya) dan mereka berkata, "kami tidak akan percaya kepadamu (muhammad) sebelum engkau memancarkan mata air dari bumi untuk kami atau engkau mempunyai sebuah kebun kurma dan anggur, lalu engkau alirkan di celah celahnya sungai yang deras al

[realiti]

Dengan namaMu Allah,aku bermula katakanlah (muhammad), "apakah kamu hendak berdebat dengan kami tentang Allah, padahal Dia adalah tuhan kami dan tuhan kamu bagi kami amalan kami,bagi kamu amalan kamu, dan hanya kepadaNya kami dengan tulus mengabdikan diri" al baqarah:138 secret hamas soldier link ini tiada kaitan dengan kata Allah di atas hanya mahu kongsi realiti ini dengan kalian bahawa kita sentiasa hidup dalam dunia indah yang kita cipta sendiri

[disorder]

mengikuti round CNS hanya menambah kesedihan saya sebenarnya beberapa kali di tahan air mata untuk tidak jatuh semasa kuliyah hakikatnya berat mata yang memandang, sedikit pun tidak sama dengan bebanan yang di rasai oleh mereka yang mengalami sakit yang sedari kecil, bagaimanakah untuk di tanggung sepanjang hayat? Allah...Allah..Allah jika bukan kerana iman pada pahala, mana mungkin perit itu di telan jika bukan kerana iman pada syurga, mana mungkin keletihan itu tidak di hiraukan jika bukan kerana iman pada hari kemudian, mana mungkin sabar dan redha boleh wujud benarlah kata sheikh abul a'la al maududi keimanan pada hari kiamat itu menjadi penenang untuk hati... tenanglah aisyah~!

[pertarungan]

Dengan namaMu Allah,aku bermula dan pada hari itu diperlihatkan neraka jahannam: pada hari itu sedarlah manusia, tetapi tidak berguna lagi baginya kesedaran itu.dia berkata, "alangkah baiknya sekiranya dahulu aku mengerjakan (kebajikan)untuk kehidupanku ini," al balad:23-24 "wahai jiwa yang tenang! kembalilah kepada tuhanmu dengan hati yang redha dan diredhaiNya" al balad:27-28 sungguh, Kami telah menciptakan manusia berada dalam susah paya h al balad:4 dan kami telah menunjukkan kepadanya dua jalan (kebajikan dan kejahatan) al balad:10 maka Dia telah mengilhamkan kepadanya (jalan) kejahatan dan ketakwaannya. sungguh beruntung orang yang menyucikannya (jiwa itu). dan sungguh rugi orang yang mengotorinya asy syams:8-10 menghadapi saat saat kritikal berperang dengan nafsu. roh yang berusaha untuk memenangi jasad tanah ini. sakit. perit. derita. iman nipis itu benteng terakhir Allah,aku beriman dengan kalamMu dan hari yang Kau janjikan~! p/s 1:terima kasih untuk abang
[ roh dan tanah ]

[my dear Farhiah]

dia paling kiri my dear Farhiah my dear Farhiah my dear Farhiah saya sayangkan awak. awak tahu? entah kenapa setiap kali kita berbicara, saya merasakan kita berbicara dengan hati saya sedih dengan kesedihan Farhiah. saya gembira dengan senyuman Farhiah. Farhiah saya sentiasa merasakan Farhiah adalah orang yang paling optimis dengan sesuatu perkara. biarlah seburuk mana keadaan, Farhiah sentiasa berjaya buat saya kembali tenang. ingat malam itu, kita ke KLCC pada malam merdeka? kaki Farhiah tersepit di celah laluan komuter. tidak boleh bergerak. saya usahakan untuk Farhiah ke sana juga. dan kita sampai. malam itu,Farhiah tidur di masjid dalam keadaan sakit.esoknya kita ke HKL. Allah sahaja yang tahu takutnya saya. mana tahu ada yang patah dan retak. mujur tiada apa apa. kenangan kita terlalu sedikit. tapi semuanya saya akan ingat. insyaallah mana mungkin saya lupakan Farhiah. budi yang saya terima, terlalu banyak. Farhiah... ujian kita masing masing berbeza.saya tidak pernah tolong apa

[padanlah...]

Dengan namaMu Allah,aku bermula subhanallah maha suciMu Allah dari berlaku zalim pada kami maha suciMu Allah dari menganiayai kami maha suciMu Allah dari berlaku kejam ke atas kami maha suciMu Allah dari tidak berperike'tuhan'an maha suciMu Allah alhamdulillah terima kasih Allah kerana DNA kami berfungsi dengan baik terima kasih Allah kerana tidak berlaku mutation dalam gene kami terima kasih Allah kerana RBC kami cukup dan berfungsi,tidak besar dan tidak kecil terima kasih Allah kerana haemoglobin kami tidak berkurang terima kasih Allah kerana Glucose-6-phosphate dehydrogenase enzyme kami masih di tahap normal terima kasih Allah kerana liver dan spleen kami berfungsi dengan baik terima kasih Allah kerana bone marrow kami tak injured terima kasih Allah kerana oncogene kami tidak aktif terima kasih Allah Allahuakbar maha besarMu Allah dengan bentuk biconcavity RBCs itu maha besarMu Allah dengan kehadiran tumour suppressor gene itu maha besarMu Allah dengan feotal and adult h

[unknown]

Dengan namaMu Allah,aku bermula dalam kelas, saya bukan jenis bertanya. walaupun tak faham. kalau tanya pun kadang kadang. tapi tadi lain doktor cerita pasal haemoglobin adult and foetal. pasal switch off and on. semasa itu, dalam hati jadi macam meronta ronta nak tanya, "macam mana boleh jadi macam itu?" tiba tiba doktor cakap, " until now,causes are unknown" mulut tiba tiba terpacul "astaghfirullah!" itu sahaja yang saya nak cerita. p/s 1:belajar rasa macam dah susah. konon pandai. padahal banyak yang tak tahu. idiopathic. ilmu ilmu kat dunia ni,campur campur semua pon, tak lebih dari 1 titis air kat laut china selatan,lautan pasifik semua tuh. 1 TITIK PON TAK LEBIH!.huk

[cara lain]*edited

Dengan namaMu Allah,aku bermula benarlah satu kata "orang yang tiada apa apa tidak boleh memberi apa apa" 1-teguran datang 2-sedang mencari halawah al iman. untuk saya berkongsi kemanisan itu dengan kalian di alam maya, juga yang berdepan depan 3-sebelum pulang ke malaysia baru baru ini, saya mengenali seorang adik. harris haziq namanya. dia ada kongsikan dengan saya satu lagu yang di gubahnya sendiri. untuk palestin katanya. jadi saya pun mahu kongsikan dengan kalian. dia sudah benarkan. tapi... saya terlupa link untuk men ' download' lagunya itu maaf ye. jadi saya pun men google ini cover yang di buatnya untuk sebuah lagu. saya pun tidak tahu lagunya apa. tapi layankan sahaja lah ya. yang penting, lihat bakatnya itu. moga boleh jadi jalan untuk membawa risalah Allah. jadi ajk ajk PCT, apa lagi, gunakan kepelbagaian dalam ahli untuk kita imarahkan bumi TANTA dengan SERUAN ISLAM~! p/s 1:kalau Mr Azyk tuh ada baca rumah ini,boleh la kalo nak kongsikan link yer~! =) p