Kawan kawan seller online saya ramai yang saya tengok mengadu tentang sikap customer mereka.
Ada yang cerita pasal customer yang tak nak bayar duit COD, tak nak tanggung kos postage, jenis mulut 'takde insurans' dan sebagainya.
Walaupun ianya adalah sikap individu yang tidak terletak ke atas bahu seller untuk dipersalahkan, tetapi korang kena tahu, gaya penulisan korang di Fb menjadi faktor penarik kepada jenis customer sebegini.
Lama dulu, saya pernah baca satu tulisan daripada Tuan Irfan Jani tentang masalah yang berlaku kepada kenalannya.
Bisnes restoran sahabatnya itu sangat laris. Ianya hasil daripada iklannya yang viral di Fb. Memang tak cukup kakitangan. Agaknya kalau usus yang panjang bermeter meter tu boleh bekerja, dia tarik usus bawak keluar kot. Ahahaha. Gitulah nak kata bisnes dia yang power sangat tu.
Tapi dia berdepan dengan masalah yang sangat memberi tekanan kepada dia dan pekerja pekerjanya. Customer yang datang rata ratanya sangat kurang ajar kepada waiter mereka, pengotor, dan mulutnya cibai.
Bila dia buat muhasabah, dia mengakui, perkara ini mungkin berpunca daripada penulisan iklan yang viral tersebut.
Ayat penulisannya catchy dan menarik orang untuk membaca, tetapi ia menggunakan bahasa bahasa yang kasar, lu gua lu gua, hoi, hiperbola dan sebagainya. Makanya, ia menarik jenis customer yang sebegitu juga.
Perkara ini buat saya belajar sesuatu.
Penulisan kita mungkin akan berhasil mendatangkan keuntungan, tetapi kualiti customer yang kita dapat itu sangatlah teruk.
Disebabkan itu, saya cuba untuk mengurangkan bahasa pasar dan lebih beradab dalam menulis.
Saya sendiri tak gemar nak bergosip dan menulis perkara negatif. Jika sekalipun pengalaman yang saya lalui itu tidak baik, saya akan olah ceritanya supaya pembaca saya mendapat input yang bermanfaat.
Alhamdulillah, setakat ini, customer customer saya semuanya bagus bagus, tidak berkira dan bersopan santun.
Ianya juga terpakai kepada perkara perkara lain.
Mereka yang menulis politik dalam keadaan untuk menghentam orang, akan menarik audiens yang suka memaki.
Mereka yang suka menceritakan keburukan orang di fb, akan menarik audiens yang suka mengumpat di bahagian komen.
Pernah dengar pepatah kata, enggang terbang dengan enggang, gagak terbang dengan gagak? Mesti tak pernah kan. Sebab saya yang reka. Ahahahahahaha.
Tapi begitulah. Nabi kata, sahabatmu adalah cerminan dirimu.
Jadi, korang dah boleh mula ubah gaya penulisan korang. Kalau selama ini penulisan asyik nak salahkan orang, boleh tukar supaya ianya menjadi lebih murni. Benda benda negatif tu, simpan sendiri sahajalah. Tukarkan energy itu dengan berkebun. Buang peluh. Dapat hasil lagi.
Sekian. Itulah sahaja sedikit sebanyak tips yang saya ada.
Comments
Post a Comment