Zaman belajar di matrik negeri 9 dulu, saya diperkenalkan dengan satu blog. Tulisan seorang ustaz yang saya kagumi sampai sekarang.
Nak kata obsesnya dengan tulisan ustad ni, sampaikan rela pergi library hari hari, masuk bilik komputer sebab nak guna internet. Padahal tak pernah hayat nak jejak library KMNS. Yang kelakarnya, sebanyak banyak kunjungan ke situ, saya tak masuk langsung pun ke bahagian buku. Hahaha. Nampak tak fokus saya tahap macam mana. Kikiki.
Zaman tu, laptop bukan keperluan lagi. Handphone pun tak pintar. Dapat pakai nokia rama rama tu pun dah rasa mewah sangat dah. Jadi, nak tak nak memang kena pergi library. Percuma. Tak payah bayar.
Kenapa saya fanatik sangat dengan tulisan ustad ni?
Sebab tulisan dia sangat membuka minda saya. Banyak benda yang dia tulis tu saya tak pernah terfikir selama ini. Dan setiap penerangan yang dia bagi, mesti akan diberikan analogi supaya lagi mudah faham (gaya ini saya tiru dalam pengucapan dan tulisan saya kemudiannya).
Ustad jugak banyak cerita pasal kehidupan dia di UK, dengan kerja dia sebagai imam di masjid di sana. Antara yang buat saya terkejut adalah jadual waktu solat yang sangat ekstrim semasa musim sejuk. Bayangkan, selang waktu Zohor dengan waktu Asar hanyalah setengah jam atau 15 minit sahaja.
Bila saya sambung belajar ke Mesir, dan saya ceritakan kisah kisah ini pada kawan serumah saya, dia tak percaya. Mati mati dia kata saya menipu. Mana mungkin serapat itu beza waktu solatnya, kata dia.
Yelah, kita dah biasa dengan Zohor pukul 1.15 dan Asar jam 4.30 petang. Mestilah dia rasa tak lojik perkara ni kan. Saya plak, bila dah orang kata saya tipu, malas dah la nak gaduh. Fine-kan jela. Ahahaha.
Pagi ini, ustad ini kongsikan waktu solat di Oulu. Dia sedang sambung belajar di Finland. Negara paling utara di planet bumi. Dengan musim sejuk yang mencengkam ke tulang, jarak waktu antara zohor dan Asar sekarang hanyalah 9 minit. Haa. Amik kaw! Lagi tak logik. Ahahahaha.
Tapi begitulah.
Realiti kita tak sama dengan orang. Tak boleh dibandingkan.
Waktu orang lain senang, kita mungkin rasa susah.
Masa kita lapang, mungkin orang lain rasa sempit.
Comments
Post a Comment