Sebagai manusia, kita selalu rasa apa yang kita fikir dan mahu itu adalah yang terbaik untuk diri kita.
Nak anak cepat dan ramai. Nanti anak dah besar, kita masih gagah lagi dan boleh gilir gilir jaga kita.
Nak habis belajar cecepat, nanti boleh cari kerja dan tanggung keluarga laju laju.
Nak kerja dekat dengan keluarga, nanti senang kalau ada masalah, kita boleh terus balik.
Tapi hakikat tersirat yang mungkin berlaku di hadapan, yang Allah sembunyikan, kita tak tahu.
Anak tak ada @ baru seorang pun solat dah hujung hujung waktu. Nanti sibuk dengan anak, solat jadi macam mana?
Phd tak siap siap boleh jadi sebab kita belum layak pegang title Dr. Allah tahu, beban ilmu itu terlalu besar untuk kita pikul. Maka Dia tangguhkan sehingga betul betul kita bersedia menanggungnya.
Cari kerja di kampung sendiri tak dapat dapat. Mungkin sebab Allah mahu mengelakkan kita dari mendapat dosa menjadi anak toleh. Duduk dekat dekat, kadang kadang lebih banyak buruk dari baik.
Begitulah kawan kawan. Otak kita tak mungkin mampu menjangkau pengetahuan Tuhan. Kita hanya boleh berusaha, tetapi di akhirnya tetap kembali pada Dia. apakah kesudahannya.
Sangka baik dengan setiap ujian dan takdir Dia.
kalaulah roket buatan otak manusia itu berkali kali berkecai bila ingin melintasi langit dunia, lagilah ia tidak mampu melepasi rahsia langit Tuhan di Luh Mahfuz sana.
Let go.
Let God.
Comments
Post a Comment