Skip to main content

Seni Komunikasi

Tetengah masak, boleh kepala menerawang jauh. Tetibe masuk bab komunikasi. Tak tahulah kenapa.
Teringat tentang satu slot yang saya jadi pengisinya semasa di Mesir dulu.
Jarang yang amat saya jadi pengisi program. Seingat saya, sepanjang 6 tahun lebih kat sana, tak sampai 5 program pun yang saya jadi penceramah. Dan program itu adalah program terakhir saya sebelum balik ke Malaysia.
Banyak kali jugak saya fikir samada nak terima atau tak jemputan tu. Sebab pesertanya bukan calang calang. Semuanya adalah pengerusi, timbalan pengerusi dan jawatan kuasa tertinggi persatuan persatuan pelajar Malaysia seluruh Mesir.
Ahaha. Dengar pun dah kecut perut kan. Kena pulak yang kat depan tu ada ustaz ustazah. Pehh. Memang cuak. Tapi last sekali, saya terima jugak. Kenapa entah.
Dan ironinya, topik yang saya kena bentangkan adalah tentang seni komunikasi. Ahahahaha. Rasa macam salah orang sebenarnya. Sebab pengalaman saya sangatlah kurang kalau nak dibandingkan dengan orang lain. Tapi digagahkan jugaklah diri ni. Huhuhu.
Apa yang saya bentang pun tak ingat dah. So, pung pang pung pang, habis lah ceramah. Tibalah saat yang paling menggerunkan iaitu sesi soal jawab. Ahahahahahaha.
Bagi ceramah memang dah menakutkan, nak hadap soalan lagi scary sebab ia sangatlah umum. Nak jawab soalan ni, we need to have experience and well and diverse knowledge supaya jawapan itu jawapan yang bagus. Sebab tu ianya ngeri.
Tapi pertanyaan peserta yang ini memang lekat sungguh kat minda saya.
Dia tanya, "macam mana nak buat supaya rakan rakan atau ahli bawahan ambil serius dengan apa yang kita cakap? Sebab kadang kadang, bila kita beritahu apa apa, depa buat sambil lewa ja."
Saya jawab simple, "jangan biasakan buat lawak."
Dan jawapan itu buat ustaz tu terdiam dan menganggukkan kepala.
Kenapa jawapan saya begitu?
Sebabnya dari awal saya sampai sebelum slot bermula, sampailah nak habis slot saya, saya perhatikan dia banyak bergurau dengan rakan rakannya.
Oleh sebab itulah, saya yakin, itulah puncanya kenapa dia berhadapan dengan masalah tersebut.
.
.
Post ini nak beritahu, bahawa, untuk jawab satu satu soalan dengan tepat, anda kena faham audiens anda dengan bagus.

Sebab jawapan itu mungkin betul, tetapi ia boleh jadi salah jika tersilap penerima. Sebab keadaan mereka berbeza beza.
Sebab itulah, hobi saya adalah memerhatikan manusia. Sebab saya suka tengok gelagat mereka dan saya nak tahu punca mereka bertindak dengan sesuatu tindakan.
Dan kemahiran ini sangatlah penting untuk mereka yang sentiasa berhubung dengan manusia.
Doktor.
Kaunselor.
Cikgu.
Orang bisnes.

Kaunselor nak tolong klien, kena kenal background dan cara fikir mereka.
Doktor kalau nak pesakit compliance dengan ubat, kena faham apa yang menyebabkan mereka susah sangat nak ikut jadual pemgambilan.
Kalau mahu murid dengar cakap, cikgu cikgu mesti faham anak didik mereka.
Begitulah seadanya.

Comments