Aisyah yang dulu, orang takut nak dekat. Nak senyum tunjuk gigi tu memang haram la. Banyak keadaan, Aisyah ni muka ketat handsome macam ni la.
Orang tak selesa dan susah nak rapat (cause i also distance myself from people). Juga sebab saya memang main bantai je orang kalau saya ada tak puas hati.
Sejak dah balik Malaysia dan masuk bidang kaunseling, saya dah berubah banyak benda.
Paling obvious, jadi lebih ramah dan muka lebih manis. Orang pun jadi lebih senang nak berbual dengan saya. Dan rata rata kawan kawan Mesir yang dah lama tak jumpa, bila jumpa memang akan cakap, "Aisyah dah lain sekarang."
Dua tiga hari lepas, saya terbaca satu kata kata.
"People dont look at your personality first. People judge you automatically by your looks and then try to get to know your personality. But the second they dont like your looks, they dont get to know you."
Kata kata ini buat saya terfikir banyak benda. Jadi muhasabah pada saya.
Bahawa, muka kita yang berkerut kerut, masam mencuka, tiada senyuman itu boleh jadi penyebab kepada manusia menghindari kita.
Bukan salah mereka tak mahu mengenali kita dengan lebih baik. Tapi silap itu mungkin datang dari kita sendiri.
Jangan tunding jari pada orang. Baiki diri sendiri.
Kita tak nak orang judge kita buruk buruk, dan nak mereka lebih kenal kita baik baik, maka, maniskanlah dulu muka itu supaya mereka mahu mendekat.
Be the change that you want to see
Comments
Post a Comment