Sekarang ini, ramai perempuan takut nak kahwin. Selain sebab faktor semakin ramai lelaki yang tak bertanggungjawab, kes suami yang gay dan biseksual pun dah bukan satu benda asing. Semakin banyak kedengaran sekarang.
Ini saya tuliskan panduan daripada panel jemputan di radio IKIM yang saya dengar tadi.
Isteri isteri yang ada rasa was was pada suami kena take note benda ni. Supaya kita boleh menang jika kes di bawa ke mahkamah dan tidak dikata orang sebagai terlalu mengikut emosi.
1) buat senarai dan checklist. Contohnya si suami terlalu khusyuk menonton drama atau filem yang pelakon lelakinya sado dan jambu. Khusyuk yang pelik sampai meleleh air liur (ok. Ini hiperbola. But you know what i mean).
Jika instinct anda betul, biasanya kelakuan mereka akan menunjukkan satu pattern yang obvious. So buat diari. Jot down everything. Kumpul bukti.
2) ada kes, bila si suami sedar kegiatannya diketahui isteri, dia bertindak ganas dan melakukan kekerasan fizikal. Bila isteri mahu keluar dari rumah untuk selamatkan diri dan anak anak, suami tuduh isteri nusyuz pulak (eh. Kau yang buat benda haram, kau nak salahkan perempuan pulak. Dah kenapa?)
Waktu ini, pergi balai polis dan buat report bahawa keselamatan anda dan anak anak diancam. Jangan bertindak bersendirian. Buat back up supaya anda ada cover bila ada masalah dikemudian hari. Jangan lari rumah bodoh gitu. Nanti tak pasal hang yang kalah kalau dia bawak pergi mahkamah syariah.
3) bila anda yakin suami mampu untuk berubah, berikan peluang tetapi bersyarat. Minta injunksi dari mahkamah bahawa anda mohon untuk tinggal berasingan sehinggalah dia menerima rawatan terapi dan pulih.
Sila bertegas dengan syarat anda. Ingat, ini adalah cara anda untuk berpegang dengan firman Allah, "quu anfusakum wa ahliikum naara."
Begitulah sedikit sebanyak info yang saya dapat tadi. Moga menjadi manfaat kepada wanita wanita di luar sana. Saya tahu, bila ada masalah, kita biasanya suka pendam dan overthinking sampai tak nampak jalan keluar. Last sekali depress.
Jangan jangan.
Kita kena jadi bijak.
Kawal perasaan dan cuba untuk rasional.
Perempuan mesti menang.
Comments
Post a Comment