22 Disember 2018
Hari ni, saya faham dengan sebenar kefahaman, apa yang Allah maksudkan bila Dia kata--
"boleh jadi, apa yang kamu suka belum tentu baik bagi kamu. Dan boleh jadi, apa yang kamu tak suka adalah baik untuk kamu.
Kamu tak tahu. Allah-lah yang lebih tahu."
Al kisahnya, hari tu, saya pelik dan ada lah sikit geram kenapa SEMUA no telefon contact adik saya, masuk dalam phone saya. Ye lah. Dia makan space kot. Mana bolehhh. Habislah kuota memory card saya. Ahahaha.
Telefon adik saya tu telefon lama saya. Saya beli yang baru bulan 11 hari tu untuk tujuan bisnes. Tapi, akaun google drive untuk back up, semua saya dan adik dah tukar. Sebelum saya bagi pada dia, saya dah log out semua akaun saya di phone tu. Fb, Ig, Google Mail. Semualah.
Itu yang saya pelik kenapa contact dia masuk dalam list saya. Tapi mujurlah, Allah tak gerakkan hati saya untuk delete. Sebab cerita hari ini yang boleh bagi lemah jantung.
Pagi ni, macam biasa, umi akan kejutkan kami anak anak bangun Subuh. Tak kiralah dah tua bangka macam saya ni pun, semua umi kejut.
Tapi, bila umi pergi bilik adik lelaki saya, dia takde! Cari ruang tamu, tanya adik adik yang lain, semua tak tahu. Cek whatsapp, kot dia beritahu tidur luar, pun takde.
Umi dah cemas. Mulut tak berhenti berzikir, "iwan mana? Bakpe tak balik? Ada mana ni? Kenapa tak beritahu sepatah pun ni."
Kami adik beradik, tak kira lelaki atau perempuan memang umi ayah ajar untuk maklumkan kalau nak keluar pergi mana mana. Mesti beritahu dengan siapa, berapa lama dan di mana. Kalau akan balik lambat walaupun sejam, mesti report. Itu unspoken rule dalam keluarga.
Jadi, bila macam ni, memang umi ayah ketar kaki perut.
Kami telefon adik, tapi masuk voicemail. Pukul 5.30 pagi, phone tak diangkat, what do you expect? Either tidur atau jadi hal yang buruk.
Ayah saya dah siap tukar baju nak pergi cari di hospital. Sebab duk fikir dia accident. Umi dah macam nak menangis. Muka dah merah. Mak ayah mana tak sayang anak kan.
Saya yang dah bangun ni, jantung pun berdegup laju. Cuak jugak. Tapi cuba bertenang. Bila umi ayah cemas dan kalut macam tu, saya sebagai kakak, kena bertenang. Fikir. Fikir. Apa yang boleh dibuat.
Nasib baik, adik beritahu dia nak pergi jumpa siapa. Tapi masalahnya, kami semua takde nombor kawan dia.
Dan dan itulah, Allah ingatkan saya tentang isu no telefon tadi tu. MasyaAllah!
Terus saya search. Jumpa!
Ada seorang namanya Amin dalam list tu. And i know, that is not mine. Thats his.
Saya terus call dengan jantung yang berdebar debar. Dua kali deringan, phone diangkat.
Rupa rupanya, dia berjaga malam sampai ke pagi pasang rumput karpet kat sebuah Taska dengan si Amin ni! Bertuah punya budak! Dan dia tak boleh nak call kitorang sebab bateri habis.
Sempat la aku bebel sekejap dalam phone tu. Hurghhhh.
Itulah yang saya nak cerita.
Kadang, apa yang kita tak suka itulah sebenarnya penyelamat kita.
Kalau hari tu saya marah marah dan memberontak dengan apa yang berlaku dan terus buang nombor contact tu, mesti hari ni kami semua jadi macam orang gila tak tahu nak mengagau ke mana cari adik.
Tapi Alhamdulillah. Takdir Allah itulah juga yang terbaik.
Yakin dengan Allah.
Hidup pasti selamat.
Dunia akhirat.
Comments
Post a Comment