Skip to main content

Tips password akaun mengelakkan daripada dihack

Dulu, semasa saya menonton MHI, pengacara Fedtri Yahya pun ada berkongsi pengalaman akaun banknya diceroboh dan dibuat pengeluaran duit berturut turut.
Ngeri weh. Macam manala kalau jadi pada kita. Tetibe tengok akaun bank kosong. Habis duit kena kebas. Menangis air mata darah la. Huu..
Ok. Ni saya kongsi tips mengelakkan akaun media sosial dan akaun bank online anda daripada digodam. Tips ini daripada kawan saya, seorang bekas programmer Intel.
1) Guna password yang panjang dan bercampur.
Teorinya adalah, semakin panjang dan kompleks password anda, semakin susah hacker dapat pecah masuk akaun.

Ada 4 jenis password
5 character password (huruf kecil): boleh dipecah masuk dalam masa 2 minit sahaja.
5 character password (gabung huruf kecil dan nombor): boleh dipecah masuk dalam masa 10 minit.
5 character password (gabung huruf kecil dan besar): boleh diceroboh dalam masa 1 jam.
8 character password (gabung huruf besar, huruf kecil dan simbol): mengikut kajian, ia hanya boleh dicerobohi selepas 17 tahun.

2) Tukar password setiap beberapa bulan untuk lebih keselamatan. Setiap kali penukaran itu juga, gunakan simbol yang berbeza.

3) Elakkan guna nombor nombor signifikan hidup anda (tarikh lahir, no ic, tarikh anniversary dsb). Hacker boleh trace dan senang senang saja guna.
Itu je. Kalau bermanfaat, boleh kongsi dengan kawan kawan ya. Bantu mereka daripada menjadi mangsa penceroboh diluar sana.

Comments