Skip to main content

[tiada apa apa]

'entry' ini dibuat dengan rasa lega
selepas selesai menyudahkan 'assignment' yang tertunggak

saya terasa dengan satu status ustaz zuhdi suatu hari itu
walau status itu bukan untuk saya

bukan terasa dengan sakit HATI
tapi lebih terasa yang terketuk KEPALA

kata dia
"nak jadi seperti seseorang yang dikagumi bukan semudah ungkapan mulut dan tulisan status"

kata saya
-ini bukan jawapan untuk dia.sekadar mahu berkongsi dengan sahabat sahabat-

kenapa saya sentiasa bercerita tentang 'umar?
kenapa saya kerap mengatakan bahawa saya mahu menjadi 'umar?

kerana bagi saya

kata kata yang disebut itu suatu motivasi bagi saya
saya ada seorang yang dekat dengan peribadi saya
ia perangsang untuk saya berubah
berubah menjadi 'umar
'umar al khattab

jika ada yang bertanya
kenapa bukan rasulullah s.a.w?

saya jawab
kerana saya merasakan bahawa saya tidak mampu
untuk menjadi seperti rasulullah

saya rasa saya sangat jauh untuk itu
yang nabi itu insan yang tidak pernah melakukan dosa..kesalahan

bagi saya
'umar itu insan biasa.
tapi dia menjadi luar biasa
bila iman meresap di dalam hatinya.
bila dia ditarbiyah sendiri oleh rasul kita.

saya mahu mencontohi 'umar
sebagaimana dia mencintai rasulullah
sebagaimana dia seorang pemimpin
sebagaimana dia menjalankan syariat allah

p/s 1:jika ada yang tidak bersetuju,saya mohon maaf.ini pendapat saya.pendapat orang berdosa
p/s 2:hari ini hari mengundi untuk pelajar malaysia di mesir.ahli2 PMRAM.moga allah tentukan yang terbaek!
p/s 3:sanah helwah untuk sahabatku VO.doaku untuk kamu :moga matimu itu nanti mati seorang syahid,hidupmu ini sekarang hidup seorang abid!

Comments

  1. semoga doamu itu sampai pada Tuhanmu.
    moga ia diperkenan...moga juga
    aku dimudahkan menjalankannya!

    syukran ukhti,

    ReplyDelete

Post a Comment