Skip to main content

[kebiasaan...]

kamu tahu?
kebiasaan itu membunuh!

proses transisi mulanya mencetus kaget
lama kelamaan ianya membuah rasa 'relax suda'

hati itu fitrahnya bencikan apa yang Allah benci
dan jika ianya tidak disuburkan dengan iman,ia me-layu

kamu bencikan kezaliman?
kamu akan terbiasa dengannya jika tiada yang mengingatkan

kamu tidak sukakan couple?
kamu akan terbiasa dengannya jika tiada yang menegur

kamu sakit dengan maksiat?
kamu akan terbiasa dengannya jika tiada yang mencegah

akhirnya
jadilah semuanya satu kebiasaan

menonton filem yang mempunyai adegan berpeluk cium itu biasa
berpegangan tangan sesama artis itu biasa
melihat bayi di buang sesuka hati itu biasa

kerana kita sudah terbiasa

terbiasa dengan hidup sendiri
terbiasa dengan menyendiri
terbiasa dengan 'aku aku,engkau engkau'
terbiasa dengan 'lu lu,gua gua'

Allah,moga yang baik di sisiMU itu nampak baik pada kami,dan moga setiap yang buruk padaMU itu nampak buruk pada kami!

p/s 1:hati itu merintih dengan kebiasaan ini.kerana hati itu sebenarnya luar biasa!

Comments

  1. jika yg dilazimi itu perkara baek
    maka baeklah hatinya
    jika yang dilazimi itu perkara batil
    maka saketlah hatinya!
    tgok semua kebiasaan dr mula bgn tdo smp tdo balik
    mana yang ikot islam teruskan
    mana yang x~didik hati balik!
    sama2 usahakan!
    kempen bencikan perkara yang Allah benci!

    ReplyDelete

Post a Comment