Skip to main content

[perempuan itu...]


perempuan itu makhluk perasaan
melenturnya mesti dengan kelembutan
mesti dengan kasih sayang
namun mesti juga dengan ketegasan
agar dia tidak akhirnya lari dari acuan

perempuan itu diciptakan lemah
melenturnya perlu dengan hemah
perlu juga dengan hikmah
agar dia akhirnya tidak patah

perempuan itu dijadikan Allah dengan segala kecantikan
kerana itu perintah Allah agar kamu menundukkan pandangan
kerana itu perintah Allah agar kamu membatasi pergaulan
supaya akhirnya kamu menjaga kemaluan!

perempuan solehah itu nilainya lebih daripada isi dunia
bahkan lebih dari bidadari syurga
apa yang menyebabkan dia lebih mulia?
kerana dia menjaga haya' dan malunya

wahai kamu insan insan perempuan...
dirimu itu sangat berharga

jadi.bertakwa dan peliharalah!

-hadiqah,26/4-

Comments