Dengan namaMu Allah,aku bermula
Seorang pemimpin,tidak dapat tidak,dia perlu berjiwa besar.Berjiwa besar,menjadikan dia memandang suatu masalah itu kecil,namun tidak enteng untuk diperkecilkan.Pemimpin yang berjiwa besar melihat suatu halangan itu cabaran,bukan masalah yang menjadi sekatan.
Mahu belajar berjiwa besar?
mari lihat contoh sahabat.
1:Khalid al walid pernah meminum racun,dengan keyakinan bahawa ajal maut itu di tangan Allah,dan racun itu tidak sedikit pun memberi kesan
2:Khubaib RA dikisahkan adalah orang yang mempelopori amalan mengerjakan solat sunat 2 rakaat sebelum di jatuhkan hukuman bunuh
3:Abu Dujanah RA ketika perang Yamamah berlangsung,telah melemparkan dirinya ke dalam kebun musailamah al kazzab hingga patah kakinya.
4:Abu Dujanah RA juga dikenali sebagai seorang yang berjalan mendada di dalam peperangan.setiap kali menyertai perang,dia mengenakan serban merah.bila dilihat sahabat,kata mereka,"Abu Dujanah telah mengeluarkan ikat kepala kematian".
5:Khalid memohon bantuan dari khalifah Abu Bakar semasa perang mengalahkan kerajaan persia untuk menakluk iraq.berapa bilangan yang dihantar oleh khalifah untuk bantuan?SEORANG.siapa?Al Qa'qa'.apa kata khalifah?"tidak akan terkalahkan sebuah pasukan yang di dalamnya ada orang seperti Al Qa'qa' RA."
6:kata Khalid apabila di gantikan 'umar dengan Abu Ubaidah semasa perang berlangsung."segala puji bagi Allah,yang telah memanggil Abu Bakar ke ribaanNya.dialah tokoh yang lebih saya cintai daripada 'umar.dan segala puji bagi Allah,yang telah mengangkat 'umar.dialah tokoh yang paling marah kepada saya.tetapi saya perlu menyintainya".
hebat bukan?
jadi henti hentikan mahu berjiwa keanak anakan.
sudah sudahlah bermain main
tangguh tanguhkan rasa malas
kesan apakah yang telah kalian tinggalkan untuk ummah?
bukanlah seorang pemuda yang mengatakan inilah bapaku.tapi pemuda yang sebenar adalah orang yang mengatakan inilah aku~!
siapa kamu?
p/s 1:semua ini saya ambil dari buku 50 kata kata tokoh itu.jika mahu pinjam,silakan.tapi saya lebih galakkan kalian miliki sendiri.
Comments
Post a Comment