post ini untuk seorang sahabat saya
juga adik beradik saya
saya tidak kenal dia dengan sebenar benar kenal
tapi kami bersama atas satu pemikiran,atas satu perjuangan
dia sedang lemah sekarang.
saya tahu.
tiada apa yang saya boleh buat untuk dia.
hanya mahu berkongsi dengan dia apa yang saya rasa.
lemah itu sifat manusia.
kuat hanya dari Dia.
tiada masalah untuk futur
cuma futurlah untuk seketika cuma
setelah itu
bangkitlah kembali
ambillah waktu untuk kamu berkhalwat denganNYA
ambillah waktu untuk duduk bersendirian dengan Dia
tajamnya pisau itu perlu juga untuk di asah sekali sekala
adukan semua kepada yang paling memahami
ini masa untuk kamu fokus
kamu berdakwah dengan lesen akademik
jangan biarkan ianya ditarik
kerana jatuhnya ia bererti tumbang dakwah yang kamu bawa
aku doakan kamu menjadi pahlawan agama yang gagah
punya jiwa yang besar
punya hati yang tabah
semua ini hanya untuk menyatakan bahawa
di saat semua lari meninggalkan dirimu
kami adik beradik yang lain akan tetap
akan teguh di belakang membawa panji itu bersama!
Comments
Post a Comment