Skip to main content

[mahu bercerita...]

mereka ini ada tempat yang istimewa dalam hati saya
hanya Allah yang tahu bagaimana

abg we dan akak
bagaimana mahu saya ceritakan tentang mereka?
tiada kata
'speechless'
sungguh,saya amat amat amat sayangkan mereka

abg we
saya sayangkan dia
kerana bagi saya
dia menegur saya dengan rasa mahu saya jadi yang lebih baik
walaupun setiap kali itu saya yang kesakitan dengan kata katanya

akak
dia ini
tiada kata yang dapat saya terjemahkan
hanya Allah yang maha tahu

along
dia ini tempat saya meluah segalanya
tempat saya boleh jadi diri saya yang sebenar
tempat untuk saya kritik dan bertekak dengan rasa kasih sayang
tempat untuk saya komen seikhlas mungkin

along buat esyah rasa yang esyah tidak pernah seorang
along tidak pernah tinggalkan esyah masa esyah sedih
walaupun esyah hanya ulang perkara sama
walau esyah tidak reti meluah

ingat masa esyah tahun satu dulu
masa itu
esyah ada masalah
cuma sebab esyah memang tak pandai beritahu sesiapa yang lain
esyah jadi sakit
sampai esyah telefon along
dan masa itu
esyah tak cakap satu apa pun
along hanya suruh esyah menangis
dan memang telefon itu sekadar untuk menangis
along,esyah sedih sangat sekarang...

maafkan saya kerana bercerita tentang diri dalam blog ini
kerana sekarang saya sedang sakit
sakit kerana rindu dan rasa kehilangan
kerana hanya ini tempat untuk saya beritahu mereka
yang saya amat amat sayangkan mereka
kerana saya bukannya yang pandai berkata kata tentang perasaan
kerana saya mahu ikut pesan
beritahu pada temanmu jika kamu sayang

Comments