kata orang,sahabat itu cermin diri
kata nabi,siapa kita dilihat dari siapa sahabat kita
kata allah,kalau tak bersahabat atas dasar taqwa,kita akan bermusuh hatta dengan kawan karib
kata saya
sahabat sahabat saya insan terbaik
mereka beritahu bila saya salah
mereka tegur bila saya khilaf
mereka kejut bila saya lena
mereka tunjuk bila saya sesat
tapi saya....
saya belum mampu jadi sahabat terbaik
kerana saya tidak menunaikan hak-hak mereka
tapi
saya sayang mereka
saya mahu mereka rasa nikmat islam dan iman bersama saya
dan saya mahu bersahabat dengan mereka hingga ke syurga!
Comments
Post a Comment