Skip to main content

Posts

Showing posts from December, 2009

[baru yang menyentak qalbu!]

tersentak! ini beberapa perkara yang menyambut tahun baru masihi 2010 yang nampaknya diagung-agungkan ramai manusia berita 1-mahkamah putuskan perkataan allah boleh digunakan herald catholic weekly http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Thursday/Mutakhir/20091231171725/Article/index_html berita 2-gula naik 20sen esok http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Thursday/Mutakhir/20091231173259/Article/index_html berita 3-tahun baru disambut dengan bunga api,MUZIK DAN TARIAN,bergema di seluruh kl http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Thursday/Mutakhir/20100101012305/Article berita 4-sekatan yang lebih banyak pada mahasiswa http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Thursday/Mutakhir/20091231162527/Article/index_html ini era najib~

[tiada masa!]

hari ini marah saya naik tinggi lama sudah tidak semacam ini sakitnya dada,mahu menitis air mata bila marah tidak di luah betullah kata nabi orang kuat orang menahan amarah tapi melihat berita-berita dunia di akhbar tempatan terfikir semula aku mahu melayan marah inikah? sedangkan saudara seakidah denganku diuji dengan pelbagai perkara berita 1-letupan di ramadi,baghdad iraq berita 2-letupan di selatan thailand..(semestinya orang islam akan dituduh) berita 3-pertempuran di nigeria berita 4-kes mahkamah di kelantan berita 5-cubaan meletupkan kapal terbang us..(katanya al qaeda-berita dari AFP..susah nak percaya) banyak lagi sedang aku ada masa melayan manusia yang tak beri manfaat pada aku? tak juga dapat meyebabkan kemudharatan pada aku? serius sepatutnya saya tak ada masa memikirkan tentang mereka apatah lagi melayan perasaan kerana mereka aaahhh...persetankan! p/s:apa apa pun,amarah ini masih berbaki!

[dekati dia wahai tuhan!]

adik saya dalam masalah abang saya dalam masalah diri saya dalam masalah masalah kami berbeza tapi saya rasakan persamaan bilamana saya rasa allah memberi masalah itu untuk mendekatkan bilamana saya rasa allah memberi masalah itu untuk merasai kehadiran cuma saya bimbang mereka tidak merasakan itu saya bimbang mereka tumbang saya bimbang..saya bimbang saya tahu,abang saya mampu saya tahu dia kuat dan saya doa moga-moga dia begitu adik saya juga begitu dia kuat,dia teguh,dia utuh dan saya juga doa moga-moga dia begitu cuma kebimbangan saya masih ada tapi saya tahu hanya satu yang boleh menjaga mereka di saat saya tidak mampu hanya satu yang boleh mengawasi mereka di saat saya tiada hanya satu yang boleh menguatkan mereka di saat saya lemah itulah engkau WAHAI TUHAN!

[pengaduan..]

allah... aku mengadu tentang lemahnya diri aku mengadu tentang lemahnya iman aku mengadu tentang kotornya qalbu aku mengadu tentang kuatnya ujian aku mengadu tentang kurangnya amalan allah... aku meminta dengan sifat kasihMU aku meminta dengan sifat sayangMU aku meminta dengan sifat lembutMU aku meminta dengan sifat tahuMU dan aku meminta dengan sifat memberiMU aku pinta allah... untuk kau kuatkan bilamana aku lemah untuk kau leraikan bilamana aku bermasalah untuk kau dekati bilamana aku jauh untuk kau ubati bilamana hatiku rapuh allah...aku pinta ia!

['ainul YAQIN...]

"yang menciptakan MATI dan HIDUP,untuk MENGUJI kamu,siapa di antara kamu yang LEBIH BAIK AMALnya.dan dia maha perkasa,maha pengampun" :2 "yang menciptakan tujuh langit berlapis-lapis.TIDAK akan kamu lihat sesuatu yang TIDAK SEIMBANG pada ciptaan tuhan yang maha pengasih.maka lihatlah SEKALI LAGI,adakah kamu lihat sesuatu yang CACAT?" :3 "kemudian ULANGI pandangan(mu)SEKALI LAGI (dan) SEKALI LAGI,nescaya pandanganmu akan kembali KEPADAMU,tanpa menemukan cacat dan ia (pandanganmu) dalam keadaan LETIH" :4 "sesungguhnya orang orang yang TAKUT kepada tuhannya yang TIDAK TERLIHAT oleh mereka,mereka memperoleh AMPUNAN dan PAHALA yang BESAR" :12 -AL MULK
Jika tidak mampu nak buat PAHALA Jangan buat DOSA Jika tidak mampu TOLONG orang Jangan SUSAHkan orang Jika tiada apa untuk dikongsi jangan halang orang lain BERKONGSI!!! Jika tidak dapat memberikan MANFAAT jangan buat KHIANAT! -pesan ulama'

[lapangkan ia allah!]

hampir seminggu internet tiada betul betul menguji kesabaran tapi ain kata tu konsep sabar yang salah sabar,tapi tak berusaha untuk mengubah huhu maaf la ain diri ini memang degil untuk berubah! banyak perkara terjadi dalam diri banyak juga yang terjadi pada sahabat sahabat yang menjadi refleksi diri hakikatnya seminggu ini benar benar mengingatkan saya pada satu perkara yang waktu dan masa itu juga MAKHLUK ALLAH teringat juga pada kata kata dari abang saya yang pernah dia ucapkan pada saya bila mana saya lemah semangat mahu mengalah pada ujian mahu rebah dalam perjuangan "moga moga dengan berkat masa yang aku lapangkan di dunia untuk agama allah,Dia akan lapangkan juga untuk aku di padang mahsyar nanti...." sungguh,saya terlupa tentang ini! allah,masa itu juga makhlukMU.aku mohon kau lapangkan ia untuk aku,untuk aku bekerja untukMU!

[hebat..memang hebat!]

3 4 hari kebelakangan ini,saya merasakan satu kepuasan,kegembiraan,dan perasaan yang penuh dengan rasa syukur yang perlu saya kembalikan kepada Allah... semua yang terjadi,saya rasa penuh dengan kehebatan hebat...sangat hebat..memang hebat! sepanjang hari-hari itu,ada 2 doa yang pernah saya panjatkan pada Allah dulu Allah makbulkan..allah jawab dan allah terima. sungguh,saya gembira yang teramat. sebab ia berlaku pada waktu yang tepat dan ia memberi kekuatan pada saya untuk saya teruskan kelangsungan perjalanan dakwah dan ini antara kata kata hebat dari mereka yang hebat di mata saya "allah beri kita ujian,bukan untuk melemahkan tapi untuk menguatkan!" -kak ji "sahabat akhawat,mari tanam rasa malu seperti malunya wanita ansar.dan sahabat ikhwah,mari jadi malu seperti malunya baginda rasulullah.." -ain alyaa "ingat da banyak sangat ke pahala tu sampai tak nak wat mender baik??" -najwa "sahabat sahabat rasulullah itu manusia biasa,tidak sempurna.tapi me...

[tadabbur..]

dan pada penciptaan DIRIMU dan pada makhluk bergerak yang bernyawa yang bertebaran (di bumi) terdapat TANDA TANDA KEBESARAN ALLAH untuk kaum yang MEYAKINI -jasiyah:4 CELAKAlah bagi setiap orang yang BANYAK BERDUSTA lagi banyak BERDOSA -jasiyah:7 iaitu orang yang MENDENGAR ayat ayat allah ketika dibacakan kepadanya,namun dia tetap MENYOMBONGKAN diri seakan akan dia TIDAK MENDENGARNYA.maka PERINGATKANLAH dia dengan AZAB yang pedih -jasiyah:8 dan kami berikan kepada mereka KETERANGAN KETERANGAN yang JELAS tentang URUSAN (AGAMA),maka mereka tidak BERSELISIH KECUALI setelah datang ILMU kepada mereka,kerana KEDENGKIAN (yang ada) di antara mereka.sungguh,tuhanmu akan memberi KEPUTUSAN kepada mereka di hari kiamat terhadap apa yang mereka perselisihkan -jasiyah:17 kemudian kami jadikan engkau (muhammad) mengikuti syariat (peraturan) dari agama itu,maka IKUTILAH (SYARIAT ITU) dan JANGANLAH kamu ikuti KEINGINAN orang orang yang TIDAK MENGETAHUI -jasiyah:18 sungguh,mereka TIDAK akan dapat MENGHIN...

[penawar bagi hati]

ini kata kata penyembuh,pengubat dan penawar hati untuk saya,kamu kamu semua,kalian dan manusia seluruhnya hayati kalam kalam ini dari siapa? dari yang maha tahu tentang kita! sesungguhnya orang2 yang berkata,"tuhan kami adalah ALLAH" kemudian mereka MENEGUHKAN PENDIRIAN mereka,maka malaikat malaikat akan turun kepada mereka(dengan berkata) "janganlah kamu merasa TAKUT,dan janganlah kamu BERSEDIH HATI,dan berGEMBIRAlah kamu dengan (memperoleh) SYURGA yang telah DIJANJIKAN kepadamu" -fussilat:30 KAMIlah PELINDUNG PELINDUNGmu dalam kehidupan DUNIA dan AKHIRAT.... fussilat:31 dan siapakah yang LEBIH BAIK perkataannya daripada orang yang menyeru kepada ALLAH dan mengerjakan KEBAJIKAN dan berkata,"sungguh,aku termasuk orang orang muslim (yang BERSERAH DIRI)" -fussilat:33 dan tidaklah SAMA KEBAIKAN dengan KEJAHATAN.tolaklah (kejahatan itu)dengan cara yang LEBIH BAIK,sehingga orang yang ada rasa PERMUSUHAN antara kamu dan dia akan seperti TEMAN YANG SETIA. -fuss...

[persampahkan ia!]

alasan apa yang mahu kita persembahkan pada allah tika ditanya "kenapa kamu langgar laranganKU dan kenapa kamu ingkar suruhanKU? kami sibuk ya allah kami tidak mampu ya allah kami takut ya allah kami kalah dengan nafsu ya allah kami sakit ya allah kami lalai dengan dunia ya allah kami itu..kami ini layakkah alasan itu diterima? apakah kamu terlebih sibuk dari nabi muhammad? apakah kamu terlebih di beri nikmat menguasai semua makhluk dari nabi sulaiman? apakah kamu terlebih sakit dari nabi ayub? apakah kamu terlebih diuji rasa takut dari nabi musa yang berdepan firaun? apakah kamu terlebih diuji nafsu dari nabi yusuf? aaaahhh... persampahkan alasan kamu! kerana kamu tidak terlebih diuji dari mereka tapi kamu terlebih tidak meng'abdi pada pencipta! siapa kita? allah,berikan kami kekuatan untuk kami menga'bdi padaMU!

[menyakitkan..]

hati rasa sakit jiwa rasa gelisah kepala rasa berat dakwah memang satu perkara berat dakwah itu memang menyakitkan dakwah itu memang perkara terbesar nabi tinggalkan dakwah itu memang kerja paling dimuliakan tapi berapa ramai yang sanggup disakiti kerana dakwah berapa ramai yang sanggup di caci kerana dakwah berapa ramai yang sanggup di hina kerana dakwah berapa ramai yang sanggup??? bukan berkata diri kuat bukan berbangga diri hebat bukan bukan bukan tapi mahu kalian sama sama merasai kebenaran sabda nabi dan firman allah! "kuntum KHAIRA ummatin ukhrijat linnas...TAKMURUNA BIL MAARUF..wa TANHAUNA 'ANIL MUNGKAR!..." "Seorang mukmin yang bergaul dengan orang ramai serta bersabar dengan kesakitan akibat pergaulan dengan mereka itu, adalah lebih baik dari seorang mukmin yang tidak bergaul dengan orang ramai serta tidak bersabar atas kesakitan akibat pergaulan itu" -riwayat tirmizi sakit...memang ia sakit tapi ini jalan juang yang kalian pilih kalau tidak kalian buk...

[allah tegur...]

sekali salah,allah terus tegur tapi kenapa hati tidak tersentuh? kenapa jiwa tidak sensitif? al quran betul betul teguran dan amaran dari allah sebab manusia sentiasa cenderung dan mengulang salah yang sama jadi teguran dalam quran sentiasa kena dengan diri apa yang diri rasa,sentiasa ada jawapan dari quran apa yang diri tidak tahu rasa apa pon,allah cerita dalam quran dan ia sentiasa kena dengan diri maksiat yang dibuat sentiasa allah tegur secara langsung dari DIA.. maksiat mata maksiat tangan maksiat kaki maksiat hati semua allah tahu dan semua allah tegur dalam quran itu juga quran itu juga penawar bagi hati yang sedang resah nikmat sungguh bila rasa ada yang betul betul memahami diri lebih dari diri! p/s:tak tau apa yang saya mengarut..ayat tidak disusun..huhu

[kata orang...]

kata orang,sahabat itu cermin diri kata nabi,siapa kita dilihat dari siapa sahabat kita kata allah,kalau tak bersahabat atas dasar taqwa,kita akan bermusuh hatta dengan kawan karib kata saya sahabat sahabat saya insan terbaik mereka beritahu bila saya salah mereka tegur bila saya khilaf mereka kejut bila saya lena mereka tunjuk bila saya sesat tapi saya.... saya belum mampu jadi sahabat terbaik kerana saya tidak menunaikan hak-hak mereka tapi saya sayang mereka saya mahu mereka rasa nikmat islam dan iman bersama saya dan saya mahu bersahabat dengan mereka hingga ke syurga!

[aku yang dahulu...]

rupa-rupanya itu wajah aku dahulu wajah yang orang luar tengok,tapi aku yang tak perasan rupa-rupanya orang melihat saya bahawa saya penuh dengan perasaan tidak puas hati sentiasa mahu lain dari orang lain masih banyak yang perlu diperbaiki diri tidak sempurna tapi aku mahu jadi yang paling baik kerana allah ciptakan aku dengan kejadian yang terbaik!

[allah,lindungi PAS!]

hati semakin bimbang dengan kemelut politik mutakhir seakan ingin aku beritahu cukuplah...cukuplah... cukuplah kau menyakiti hati seorang tua itu.. dia tok guru aku! aku sayang dia aku kasih dia aku cinta dia kau gagal untuk memburukkan prestasi kerjanya kau gagal memburukkan pemerintahannya kau gagal memburukkan pentadbirannya dan sekarang ini yang kau perbuat ingin sekali aku peluk jasadnya aku beritahu jangan risau tok guru allah mengetahui semuanya kami bersama tok guru ingin aku jauhkan dia dari pertarungan tidak berperi kemanusiaan ini tapi aku tahu dia lebih tahu sepak terajang dunia ini allah..hanya padaMU aku mengharap jagalah dia dengan jagaanMU yang paling erat pandanglah dia dengan pandanganMU yang paling kasih kau jagalah jemaah ini dari kehancuran aku sayang jemaah ini allah kerana ia,aku kenal agamaMU...dan aku mula tahu tentangMU!

[nikmat ini]

rasa seperti di lahirkan semula seperti insan baru nikmat sihat yang allah tarik seketika itu allah ganti dengan nikmat yang lebih besar yang saya rasa sekarang NIKMAT RASA HAMPIR.. hampirnya dia pada saya nikmat meng'abdi pada dia nikmat berkasih dengan dia nikmat...nikmat...nikmat... nikmatnya bila allah sendiri yang mengubat hati kita nikmatnya bila dirasakan allah sendiri yang mentarbiyah kita sungguh,semua itu nikmat bagi saya! TERIMA KASIH ALLAH!

[thinking...]

'now let me let you know it open my heart i've always thinking that love was wrong but everything was change when you came along...' -for the rest of my life:maher zain antara lirik yang menyentuh hati sebenarnya keseluruhan lagu ini menyentuh dan membuai hati saya lagu ini untuk seorang isteri sebenarnya..tentunya dari seorang suami tapi saya mahu turut merasai kasih yang tercurah dari lagu ini..sungguh ia membelai hati,jiwa dan perasaan seorang perempuan bernama isteri tiada apa yang saya dapat saya ceritakan disini apa yang saya boleh katakan sayang saya juga terbina untuk bakal zauj saya..yang saya tidak tahu siapa dia buat masa ini perkara yang allah sembunyikan dari saya biar siapa pun dia,saya mahu kasih dan cintakan dia sepertimana lagu ini menceritakannya.... -allah,aku mohon ampun jika ini mengundang murkaMU! -allah,aku juga mohon untuk kau takdirkan yang terbaik!

[nikmat vs ujian]

SIHAT…… Satu nikmat….ujian…tarbiyah Nikmatnya dengan sihat tubuh badan Nikmatnya dengan sihat akal fikiran Nikmatnya dengan sihat iman Tarbiyah dan ujian kesyukuran Tarbiyah dan ujian ingatan kita pada sang Penguasa kesihatan SAKIT…. Satu ujian…tarbiyah…nikmat Tarbiyah dan ujian kesabaran Tarbiyah dan ujian keredhaan kita dengan qada dan qadarNYA Tarbiyah dan ujian keimanan kita padaNYA Nikmat dengan rasa penghampiran DIA pada kita Nikmat dengan ingatan DIA pada kita Nikmat dengan perhatian DIA pada kita Nikmat dengan ampunan dosa yang DIA janjikan Nikmat dengan rasa pemilihan ini Lalu mengapa selama ini kita selalu merasakan bahawa sakit itu musibah..satu bala.. Mengapa sihat itu nikmat.. Sedangkan hakikatnya ia sebaliknya. Bukankah sihat itu ujian dan sakit itu nikmat? DO ‘HUSNUZON’ WITH HIM WHEN HE GIVE US SOMETHING, HE DO HAVE SOMETHINGELSE FOR US BESIDES ITS WE, WHO LEFT, TO FIND AND EXPLORE THE ‘HIKMAH’ “Ya Allah,jika hidup itu baik untuk kami,maka jadikanlah hidup kami penuh da...

[hisab diri...]

sifat diri yang sampai sudah susah dibuang terkadang bukan kerana tidak MAMPU,tapi tidak MAHU allah..allah..allah lemahnya diri berperang dengan diri padaMU aku mengharap berikan aku kekuatan untuk aku meng'abdi! dalam diam diri juga memikirkan tanggungjawab tanggungjawab yang perlu di tunaikan seorang hamba seorang khalifah seorang daie' seorang anak seorang kakak seorang adik seorang ketua seorang senior seorang ahli rumah seorang sahabat seorang pelajar seorang ahli persatuan subhanallah! tidak tertunai rasanya diri ini kalaulah tidak kerana pertolongan,kasih sayang,kasihan dan rahmatMU ALLAH... allah... aku ini bukan sesiapa allah.. aku mungkin tidak seBAIK MEREKA tapi aku sedang berusaha seMAMPU AKU!

[ DAIE',mendekatlah! ]

duduk duduk bersama adik-adik memberi banyak muhasabah pada diri pertanyaan tulus dari mereka menimbulkan juga pertanyaan pada diri "banyak sungguh yang diri tidak tahu" "indah sungguh islam ini" "mereka mencari,kenapa aku tidak memberi?" "mereka dahaga.kenapa aku tidak menghulur?" "mereka bingung,kenapa aku tidak meleraikan?" "mereka mengharap,kenapa aku tidak menunaikan?" HIKMAH itu perlu diCARI,bukan diNANTI!