Skip to main content

Tribute untuk Dr Morsy (18 Jun 2019)

Satu satunya kenangan meraikan kemenangan rakyat Mesir.

Kegembiraan meraikan kemenangan parti FJP ke atas parti konco konco Husni Mobarak adalah lebih hebat dan intense daripada perasaan menjatuhkan parti UMNO dan BN di Malaysia yang berkuasa berpuluh tahun itu.

Kalian tidak tahu betapa sengsaranya rakyat Mesir di bawah pemerintahan kuku besi dan logam itu.

Selepas sahaja Dr Mursi naik menjadi presiden, perkara pertama yang kami wafidin (pelajar asing) dapat rasakan manfaatnya adalah dengan mudahnya urusan memperbaharui visa.

Kalau sebelum itu, urusan visa ini sangat menyakitkan hati kerana terlampau lama prosesnya sehingga mesti ponteng kuliah, di zaman Dr Morsi, ianya siap dalam tempoh 1-2 jam sahaja.

Banyak lagi yang berlaku sepanjang 2 tahun lebih pemerintahan beliau. Dan kami semua orang asing dapat menumpang rahmat daripadanya.

Tetapi politik Mesir terlalu jahat, kejam dan rumit. Dan saya pun tidaklah terlalu mengikuti kesemuanya.

Yang saya tahu, Dr Morsi adalah orang yang baik.

Moga moga Allah mengampunkan semua kesalahan kesalahannya, mengurniakannya darjat syahid dan memberikan dia ganjaran yang tinggi asbab kesolehannya dan kerana kekejaman dan kezaliman yang dilakukan kepadanya.

Selamat bertemu Tuhanmu dengan qalbun saleem wahai Tuan Presiden.

Comments