Skip to main content

Dunia dan ketidak sempurnaannya


Hari ini, saya bertemu seorang kanak kanak umur 11 tahun yang impiannya adalah untuk tidak berkahwin selama lamanya.

Kerana tidak mahu kebebasannya tersekat selepas menjadi isteri.

Hari ini juga saya bertemu seorang anak gadis yang bimbang dengan masa depannya jika berkahwin, kerana merasa tersepit dengan tanggungjawab si lelaki kepada ibubapanya. Dalam masa yang sama, dia mengakui lelaki itu seorang lelaki yang baik.

Begitulah hidup.

Win some.
Lose some.

Kita nak lelaki handsome, tetapi dia mungkin tak berduit.
Kita nak suami yang lemah lembut tuturnya, tapi eh, muka pulak tak sekacak model.
Kita mahu kerja yang gajinya tinggi, tetapi yang ada pula semuanya mesti merantau jauh dari keluarga.

Jika fokusnya pada apa yang kita mahu, maka tiada satu pilihan pun yang dapat memenuhi semua itu.

Sebab itu-lah sifat dunia.

Tidak sempurna.

Maka kata kuncinya kembali kepada satu perkara--

Berapa banyak yang sanggup kita KORBANKAN untuk dapat apa yang kita nak?

Perkahwinan datang bila kita korbankan rasa pentingkan diri sendiri.

Bahagia itu hanya dapat kita kecap, bila kita merasa cukup dengan apa yang ada.

Bukan dengan apa yang tidak

Comments