Skip to main content

anak luar pernikahan

Tak sampai seminggu duduk rumah sewa, kau dah cari gaduh dengan housemate Syah. Ape hal.

Tak.

Bukan gaduh. Tapi saya tak boleh terima apa yang dia cakap tadi. Jadi, bincanglah. Tapi Aisyah bila bincang, bunyi macam bergaduh.

Al kisahnya tadi tengok drama pukul 7. Keluar kisah pasal suami dia ni haramkan duit untuk anak luar nikah isterinya.

Housemate terus cakap, memang tak boleh bagi. Haram untuk dia. Sebab dia anak luar nikah.

Kata dia, anak luar nikah ni, kalau buat amal soleh pun, tak dapat pahala. Hidupnya tergantung. Tak ada hak langsung dalam Islam, tidak boleh dibuat baik dan nanti mati memang tak masuk syurga.

Innalillahi wainna ilaihi raajiun.

Mengucap panjang saya.

Sebelum ni, bila kak Fynn Jamal cerita pasal adanya pandangan masyarakat seperti ini tentang anak tak sah taraf, saya tak pernah percaya. Sebab tak pernah dengar di telinga sendiri.

Bila dengar, rasa macam halilintar. Berdesing telinga.

Ya Allah. Kejamnya Islam kalau begitu.

Anak itu tak buat apa apa. Tapi mewarisi dosa ibunya.

Tiada nilai dalam Islam.
Tiada tempat langsung.

Saya katakan pada adik ni, takkanlah Islam sezalim ini.

Menghukum anak yang baru lahir dengan seberat berat hukuman.

Seolah lebih hina dari binatang. Sedang binatang pun ada hak. Dan ada yang masuk syurga.

Kalau sehina itu bayi anak luar nikah ini, baik awak bunuh sahaja. Jangan biarkan hidup.

"Ya, boleh." Katanya. Dia balas dengan hujah anak kecil yang dibunuh oleh Nabi Khidir di dalam Surah Al Kahfi.

Ya Rabb!!!

Dalil apakah ini???

Sungguh saya tak dapat terima semua ini. Rasa tak percaya dengan telinga sendiri.

Lebih lebih lagi bila dia kata, ini apa yang dia belajar daripada ustaznya.

Tak mampu dah saya nak terima semua yang dia katakan.

Dan akhirnya saya masuk bilik, solat, doa dan menangis.

Ya Allah.

Aku tak percaya Engkau sejahat itu.



Comments