Skip to main content

Kenapa PAS konsisten dengan hudud dan qisas?

Tulisan ini saya tujukan kepada rakan rakan non Muslim, dan juga Muslim yang masih belum faham kenapa PAS bersungguh sungguh mahukan hudud dan qisas menjadi undang undang dalam negara.

Tragedi Christchurch adalah satu contoh bagus untuk kalian faham tentang qisas.

Qisas maksudnya hukuman balas.

Bunuh balas bunuh.
Luka dibalas luka.
Cedera dibalas cedera.

Dalam Islam, bila seseorang itu sudah sabit kesalahan membunuh dengan SENGAJA (with intention), hukuman balas adalah tertakluk kepada wali dan ahli keluarga.

Bukan hakim.
Bukan pendakwa raya.

Mereka boleh pilih, samada mahu pesalah dihukum bunuh juga, atau dimaafkan tanpa hukuman.

Kenapa?

Supaya ahli keluarga mangsa yang ditinggalkan itu terhindar daripada perasaan dendam, sakit hati, kebencian dan sebagainya.

Kata Allah,
"Dan di dalam hukuman qisas itu ada JAMINAN HIDUP bagi kamu, wahai orang yang berakal fikiran, supaya kamu bertakwa."
Al Baqarah: 179

Iya.

Hukuman qisas dan balas bunuh itu memberi NYAWA kepada keluarga mangsa.

Supaya mereka dapat hidup dengan lebih tenang selepas itu.

Sudah banyak movie yang storyline-nya adalah tentang ahli keluarga mangsa yang mengambil langkah sendiri untuk menuntut bela atas kematian orang tersayang.

Di dunia realiti, perkara sama boleh dan sudah pun terjadi.
Berapa ramai yang saling bunuh membunuh kerana dendam yang tidak terlunasi.

Pernah dengar nama Jeffrey Dahmer, pembunuh bersiri di US?

Dia bunuh 17 orang mangsa. Mengaku bersalah dengan semua pertuduhan.
Mangsanya digerudi kepala, dihantuk dengan tukul, dicucuk air panas ke otak, bahkan organ badannya di makan.

Hukuman yang diterima?

Penjara 900 tahun lebih.

Adakah anda rasa hukuman itu dapat melegakan hati keluarga mangsa?

Ya. Tidak.

Jeffrey Dahmer akhirnya dibunuh di dalam penjara oleh banduan lain.
Begitulah.

Hukum yang datang dari Allah, sudah pasti ada kebaikannya untuk manusia.

Tinggal lagi untuk kita percaya atau tidak.

Satgi adala tu yang berhujah--
"oh. Islam galakkan untuk penganutnya balas dendam la maknanya."

Kita ni, selagi tak kena kat diri sendiri memang banyak cakap.

Pencuri yang kau tangkap tu pon kau belasah sampai nak mati, tak tahulah apa jadi kalau kau dapat pembunuh mak, ayah, adik, isteri, suami, anak anak kau kan.

Jangan banyak sangat soal selagi tak rasa.

Islam bagi dua jalan.

Samada kau balas bunuh.
Atau kau maafkan.

Dan pak cik ini pilih untuk maafkan pembunuh isterinya.

#christchurch
#qisas
#PAS


Comments