Boleh tahan hangat kisah page PW suatu masa dulu
Saya mula kenal PW bila ust Hasrizal yang cadangkan untuk baca, dengan niat murni supaya PW dapat menangkis hujah hujah mengarut masyarakat secara profesional dan saintifik.
Tapi bila PW mula popular dan menjadi rujukan masyarakat, bahasanya mula jadi lebih sinis, semakin menyakitkan hati, sarkastik dan seumpamanya.
Sejak itu, saya jauhi page ini.
Bukan sebab nak elakkan unsur negatif.
Tapi saya sangat yakin, bahawa kebatilan tidak akan terhapus jika dilawan dengan cara batil.
Kerosakan dan kejahilan dalam masyarakat, tidak akan terhapus jika ditentang dengan jalan merendah rendahkan, mengutuk, memerli dan membuli.
Ia bahkan akan membawa kerosakan yang lebih besar.
Terlalu banyak contoh yang ada di media sosial.
Dan sudah banyak figure yang saya tinggalkan di media sosial ini, baik mereka itu orang jemaah, orang politik, orang agama, orang akademik atau pun selebriti.
Bila mula sahaja mereka berbahasa dengan bahasa sukhriyyah, ia menjadi satu signal untuk saya meninggalkan mereka.
Orang berilmu, kita kena hormat.
Tapi jangan taasub. Sebab mereka boleh tersilap langkah bila bila masa sahaja.
Inilah antara salah satu sebab, saya TIDAK berusaha untuk belajar menulis buku atau berusaha menjadikan tulisan saya viral.
Sebab virus "ego dan merasa lebih baik dari orang lain" ini boleh menjangkiti sesiapa sahaja.
Apalagi saya yang imannya senipis bawang ini.
Moga Allah menjaga kita semua agar tetap berada di jalan yang lurus

Comments
Post a Comment