Skip to main content

[hak cipta yang diwakafkan]

Bismillah.

Oleh kerana blog ini baru dapat dibuka, saya mahu abadikan kenangan tulisan saya yang boleh dikatakan tular ke seantero Malaysia, tanpa mendapat kredit sedikit pun. Cerita ini bukanlah untuk mendapatkan kembali hak reka cipta tersebut, kerana sudah saya ikhlaskan untuk diwakafkan sebagai manfaat kepada ummah, dan segala pahala darinya saya niatkan kepada kedua umi dan ayah. Tulisan ini hanyalah sebagai cerita belakang tabir bagaimana kedua karya tersebut boleh terhasil.


karya pertama adalah yang ini
.
.



Al kisahnya, tulisan ini terhasil semasa saya sedang menyiapkan proposal untuk subjek Research Methodology di pengajian sarjana sekitar Disember 2013 dan awal tahun 2014. Semasa itu, saya sudah beberapa hari demam. Being such a manja and gedik girl, saya dah mula rasa sedih dan tak larat. Padahalnya, demam tidaklah teruk mana pun. Suam suam kuku sahaja. 

Tapi oleh kerana saya perlu menyiapkan proposal yang saya tidak pernah buat pun sebelum ini, tugasan dan keadaan yang bertindan itu menyebabkan saya rasa kasihan dan letih dengan diri sendiri. Maka, terhasillah tulisan ini. Ianya sebenarnya ingatan untuk diri saya yang cepat mahu mengeluh dengan takdir dan ujian yang diberikan kepada saya. 

Ayat ayat yang seterusnya itu hanyalah tambahan dan huraian kepada perenggan pertama saya sahaja. Saja dibuat panjang untuk memberi lebih kefahaman kepada point yang mahu saya sampaikan.

Bahawa kita ini terlalu banyak lupa dengan nikmat dan selalu fokus dengan ujian yang diberikan. Sehingga terlupa mencari pahala dari jalan syukur.


Karya kedua
.
.


Tulisan tentang solat ini pula terhasil di dalam bilik saya di rumah di Dungun. Rumah saya rumah kampung. Makanya, bilik bilik kami adik beradik tersambung antara satu sama lain. Ada ruang di bahagian atas bilik yang digunakan untuk melemparkan barang kepada orang di bilik sebelah, jika kami malas mahu keluar dari bilik. hahahaha. Kalau tak nak orang bilik sebelah dengar apa yang korang bualkan, silalah berbisik. Sebabnya memang jelas boleh dengar suara orang bilik sebelah. Korang boleh bayangkan tak bilik kami macam mana?

Semasa itu, saya sedang berbaring di dalam bilik saya. Umi bertanya pada adik, sudah tunaikan solat atau belum. Dia jawab belum, sedangkan semasa itu sudah hampir tamat waktunya. Saya di bilik sebelah yang mendengar ini sangat geram. Tapi oleh kerana saya selalu larang adik adik supaya jangan menyampuk jika salah seorang daripada kami sedang dimarahi atau dinasihati oleh umi dan ayah, maka saya tahankan sahaja rasa mahu membebel ketika itu. Tulisan ini menjadi luahan hati saya kepada peristiwa adik saya itu.



Begitulah sedikit sebanyak behind-the-scene kepada tulisan tulisan tersebut. Kedua dua tulisan ini saya post-kan di facebook peribadi saya dan juga dihantar ke satu Page Puisi di facebook, Champak namanya. Saya suspek, dari situlah tulisan saya mula tersebar. Sebab di fb peribadi, tiada pun yang kongsiikan tulisan ini. hahahaha.

Saya tiada masalah untuk orang kongsikan karya karya ini tanpa kredit kepada saya. Cuma sedikit terkilan bila ada yang meletakkan water mark dan tanda logo mereka sendiri pada tulisan ini. Bila ada yang suarakan, dibalas dengan "benda baik, takkan nak kedekut. Ikhlaslah. Pahala dapat kat kau jugak." dan yang sewaktunya dengannya.

:)

Pertamanya, orang yang bercakap dengan nada sebegini adalah orang yang tidak pernah menulis. Dia tidak memahami nilai sentimental yang ada di dalam satu satu tulisan.

Keduanya, isu ikhlas adalah isu antara saya dengan Allah. Malaikat pun tidak mampu mencatatnya, apalagi kalian untuk menilainya.

Isu pada hak cipta ini adalah isu mencuri. dan mencuri itu adalah dosa antara manusia dengan manusia. yang perlu diselesaikan di dunia, jika tidak mahu menanggung bebannya di akhirat. Maka, adillah dalam berbicara dan ketahuilah pada titik mana perbincangan sedang berjalan.

Ambillah manfaat daripadanya.
Namun berikan hak pada si empunya.



Comments