Skip to main content

[Alasan apa lagi?]

Aku ini tak adalah pandai sangat arab. Tapi sikit sikit, bolehlah faham beberapa ayat bila imam baca dalam solat. Cukuplah buat diri memuhasabah dan buat jadi modal untuk hadirkan rasa dalam taubat pada Dia.

Hari ini, imam bacakan surah Al Infithar dalam solat Isyak. Sampai pada ayat, "ya ayyuhal insaan. Ma gharraka birabbikal Kareem", dada jadi sebak. Mata bertakung.

Allah tanya,

"Wahai sekalian manusia.

Apakah yang telah memperdayakanmu (sehingga kamu berlaku derhaka) kepada Tuhanmu Yang Maha Pemurah?" (6)

Allahu.

Maafkan kami Tuhan.
Banyak sungguh alasan kami dalam berbuat dosa padaMu.
.
.
.
Dengan sebegitu banyak rahmat dan nikmat yang diberi pada kita, kita tetap tega untuk berlaku derhaka pada Dia.

Bila tersilap langkah, cepat cepat kita sedapkan hati;

"Dosa kecik je ni"
"Nanti aku mintak ampunlah"
"Allah tahu. Aku bukan sengaja"

Begitulah kita sehari hari.
Mencipta alasan bila tersasar dari jalan Dia.

Tapi Allah tahu.
Dan malaikat berdua yang menulis itu tahu (al infithar: 11-12).
Apa yang terzahir pada mulut, dan yang tersembunyi di dalam dada itu.

Kerana akhirnya ia kembali pada satu jawapan;

Bahawa orang orang berdosa dan derhaka itu mendustakan dan tidak mempercayai dengan sebenar benar yakin tentang adanya hari pembalasan (al infithar: 9)

Hari di mana, setiap zarah kejahatan itu akan dihukum dengan balasan setimpalnya oleh Raja hari tersebut.
.
.
.
Ya Tuhan.
Ampunilah kami.
Kerana sentiasa mencipta alasan dan hujah bodoh ketika menderhakaiMu.

Terimalah taubat kami dan jadikanlah kami benci dengan dosa dosa kami.

Comments