Skip to main content

[after several years]

Bismillah.

MasyaAllah Tabarakallah.

Tak tahu macam mana nak gambarkan gembiranya hati lepas dapat unlocked semula blog kesayangan ini. Sudah lama mahu menulis kembali di sini, tetapi malang, saya lupa kata laluan. Bukan setakat kata laluan, bahkan lupa emel mana yang digunakan untuk mendaftar blog ini😅

Alhamdulillah, Allah berikan ilham pada malam 28 Ramadhan 1439H bersamaan 12 Jun 2018 ini.

Bukan tidak mahu buat blog lain, tetapi domain blog ini adalah nama saya. Maka saya rasa, saya perlu untuk berjuang mendapatkannya semula. ecewah. P

Insyaallah, akan cuba memanfaatkan sepenuhnya kembali blog ini dengan perkongsian yang bermanfaat, agar menjadi amal jariah dan sesuatu yang boleh dibanggakan selepas saya tiada di dunia. Juga sebagai tempat untuk saya abadikan kenangan dan foto foto. hehehe.

7 tahun yang lalu, umur saya 23 tahun. 2018, saya sudah 30. Harapannya, moga adalah perubahan baik dalam diri sehingga ia terjelma dan tergambar melalui bentuk penulisan. Jika masih kekal sama, makanya saya ini termasuklah dalam kalangan mereka yang rugi kerana "hari ini adalah sama seperti semalam". Doa saya, moga saya ini bukan orang orang yang celaka, di mana perangai, diri dan sikap saya sekarang lebih buruk daripada di zaman muda dulu.

Terima kasih kepada yang datang menjenguk dan melawat. Sudi sudikanlah meninggalkan jejak kalian di sini nanti ya.

Salam akhir Ramadhan.

Comments