Saya mula menulis sejak umur saya 18 tahun. Mula mengenali usrah semasa memasuki matrikulasi, saya bertemu dengan rakan rakan dan senior senior hebat di dalam bidang pengucapan dan juga penulisan. Saya tidak pernah tahu yang saya mempunyai bakat menulis (walaupun rakan sekelas semasa di tingkatan 5 pernah menyuarakan bahawa cara penulisan karangan Bahasa Melayu saya sama gaya dengan tulisan majalah. ini gara gaya terlalu banyak membaca majalah muslimah, al islam dan seumpamanya dahulu.) Sehinggalah suatu masa, seorang senior saya bertanya kepada kami junior junior, siapa yang mahu menjadi lebih baik dan bersedia untuk dilatih untuk menulis. Saya beranikan diri untuk menerima cabaran. Saya masih ingat, artikel pertama yang diberikan kepada saya untuk ditulis bertajuk "Adakah Malaikat itu Islam?" Maka bertungkus lumuslah saya yang berusia 18 tahun ketika itu mencari bahan bacaan dan kitab yang berkaitan untuk dibaca dan ditelaah. Pinjam sana dan sini, sehingga dipinjam b...