Skip to main content

Posts

Showing posts from 2011
10hb september 2011 1: semalam buka akaun facebook selepas cuba untuk tidak mempunyai akaun kerana menyedari kelemahan dan ketidakmampuan diri dalam mengawal tingkah laku. namun akhirnya tersentak selepas mana di sebut oleh ust hasrizal, begini mafhumnya "daie dan mad'u kena jadi macam semut dan gula. di mana mad'u berkumpul, di situ, perlu ada daie yang memberi pengaruh positif kepada mereka." jadi, begitulah. akaun di buka juga. tinggal sahaja usaha untuk mengawasi tindak tanduk diri. allah, aku memohon keampunanMu. aku buka dan punya akhirnya akaun FB itu kerana aku niatkan untuk mencari redhaMu. maka jadikan ia sebagai cara aku menuju syurga. bukan melorongkan aku menempah neraka~!

31hb julai 2011

6.03 petang 31 julai 2011 tidak sampai sejam lagi untuk aku bertemumu ramadhan mulianya engkau ramadhan. di cintai, di rindui kerana darjatmu yang di tinggikan oleh Allah Allah ada orang yang mentaatiMu dengan menahan dirinya dari melakukan maksiat. ada orang yang mentaatiMu dengan bersungguh melakukan amalan sunat ada orang yang mentaatiMu dengan memuliakan makhlukMu ramadhan ini. allah siapa mereka yang Kau lepaskan dari neraka? siapa mereka yang Kau ampunkan dosa? siapa mereka yang Kau janjikan syurga? allah. aku memang tidak ada kelayakan untuk Kau anugerahkan semulia mulia bulan ini tapi, Kau mahu tidak untuk kasihani aku Allah? Allah mata yang memandang maksiat ini, mata ini jugalah yang sedang menangis mengharap ampunanMu tangan yang berbuat maksiat ini, tangan ini jugalah yang sedang menulis permohonan keampunan hati yang penuh kejahatan, nafsu liar dan dosa besar ini, hati ini jugalah yang sedang memohon untuk Kau sucikannya Allah diri yang penuh dosa, penuh hina ini, diri ini...

12hb jun 2011

1: baca buku kitab akidah, karangan syeikh abdul karim zaidan. allah, rasa macam baru nak kenal allah. rasa macam budak kecik, yang sebelum ni tak tahu apa apa, tetiba baru kenal erti dunia. allah, allah, allah. 2: mimpi akak. serius, sedih yang teramat.

11hb jun 2011

1: ada beberapa orang sahabat dan adik yang meminta aku untuk membuka kembali rumah ini kepada umum. untuk permintaan yang satu ini, memang aku tidak dapat penuhi. maafkan aku untuk ini. 2: belajar psychiatry, seolah aku masuk mendalami diri aku yang sebenarnya. ada conflict yang aku repress deep in my mind yang akhirnya ianya jadi unconscious part of my mind. fear to make deep relation with others.hmmm 3: okeh, memang aku da nak menangis dalam kelas tadi. allah, aku beriman dan aku hanya mahu beriman padaMu~! 4: betullah, berpegang pada iman, jadi perisai untuk berbagai penyakit jiwa dan mental 5: perlu siapkan kertas kerja konsep syahadah. allah, bantu aku!
26hb mei 2011 1: allah. allah. allah. aku berlindung denganMu Allah. aku mohon ampun padaMu Allah, jika aku bersalah dalam hal ini. allah, aku berlindung padaMu dari fitnah ini, dan aku berlindung padaMu daripada aku yang menjadi fitnah itu~! 2: allah, aku kembalikan semuanya padaMu~!

[23 februari 2011]

banyak mende nak ulas. antaranya 1. ikhwanul muslimin yang tak keberatan nak terima orang bukan islam sebagai ahli kabinet parti baru dia. jadi, apa masalah kita yang duk marah PAS bekerjasama dengan DAP? 2. tentang datuk saifuddin,timbalan menteri pengajian tinggi malaysia. ni baru betol orang ada akal bercakap. tabik spring walau dia orang umno. islam is about justice. patutla kalau mahasiswa nak dia jadi menteri KPT. mantap~! (setakat ni la) 3. banyak lagi. tapi da tak ingat. nanti nanti la.

[di sebalik]

1. naruto watched naruto, i'm juz seeing myself. boleh menangis. serius, aku banyak ambil kekuatan naruto. 2. code blue 2 "there is no easy way to heal emotional scar. i juz think it this way, 'wound in the heart are undoubtedly necessary. thats because, bearing wounds in our heart, make us aware of other people's pain' ". 3. cerita cerita jepun banyak menunjukkan, inilah realiti yang mereka mahukan, yang mereka harapkan. kerana, masyarakat dan institusi keluarga mereka sudah hilang strukturnya.

[perpaduan?]

Dengan namaMu Allah, aku bermula hari ini 12rabiulawwal sambutan maulidur rasul peringkat kebangsaan di adakan di masjid besi, putrajaya saya nak ulas sikit tentang ucapan dato' khir johari dia kata kita mesti kekalkan perpaduan yang ada, ambil pengajaran tentang apa yang berlaku di mesir owh saya 'berapi' mendengarnya dengan suuzon saya, ini yang bergema di kepala semasa itu "ingat demonstrasi yang di buat tuh sebab diorang tak berpadu, tak bersatu ker???" dengan husnuzon saya, ini yang terfikir di benak fikiran "aah. bersatulah. berpadulah seperti mereka menumbangkan regim yang zalim pada rakyat~!"

[9 rabiulawwal]

Dengan namaMu Allah, aku bermula rabiulawwal kebiasaannya, ketika ini di tanta, kami sentiasa di ingatkan dengan kelahiran manusia agung bernama Muhammad 9 rabiulawwal tarikh ini yang lebih kuat di sepakati para ulama untuk mengatakan bahawa ianya detik kelahiran rasulullah pulang ke malaysia, saya mencari cari roh rabiulawwal jika tahun lepas saya mencarinya bersama sama ain dengan menaiki bas ke kaherah semata mata untuk ke makam asy syafie pada 12 rabiulawwal, khamis dan kami sampai pada waktu asar. tepat pada waktu yang di katakan bahawa rasul akan melawat asy syafie. namun, untuk tahun ini, saya seorang. di malaysia. benarlah kekuatan tarbiyah itu di nilai bagaimana kamu membawa diri, bila kamu sendiri~! ya rasulullah, layakkah aku menjadi ummatmu?

[sebaik baik perancangan]

Dengan namaMu Allah, aku bermula peribadi dan kuasa yang bernama Mubarak (kawan saya panggil dia Murtabak) sudah jatuh, di jatuhkan. semua sudah tahu itu gerakan rakyat yang di cetuskan oleh para syabab dan nisa' kelahiran bumi Mesir itu berhasil menjatuhkan penguasa zalim yang mencengkam rakyat lebih 30 tahun lamanya. di fikiran ketika itu, "bilalah agaknya mahasiswa mahasiswi, pemuda pemudi di Malaysia akan turut bangun dan sedar seperti mereka?" aduh, serius saya cemburu malangnya, mahasiswa, para pelajar di universiti tempatan, hanya di sogok dengan hiburan semata mata, hingga budaya keilmuan turut terhakis. yang di kejar bukan ilmu, tetapi pointer dan merit. (saya juga pernah sebegitu). hingga jadilah mereka orang yang tidak peduli dengan isu semasa. maafkan jika saya pesimis. tetapi itu realiti yang saya lihat. cuti musim sejuk kali ini, memang dalam cita untuk tidak berada di mesir. saya mengharap untuk menghirup udara hembusan al fateh selepas pakej umrah yang say...

[agak agak?]

Dengan namaMu Allah,aku bermula hampir 3 minggu rumah ini saya tinggalkan dengan pelbagai episod kehidupan yang Dia takdirkan untuk saya saya hanya mahu kongsikan satu video untuk kalian kali ini kerana ada kata kata dia yang buat saya suka kata dia 1."to put one's will under the will of God"-bila di tanya apa itu Islam pada dia 2."when you become muslim,you lose friends, but you get brothers" agak agak, kita yang Islam turun temurun ni, boleh ke beri pengertian Islam macam yang dia kasi?

[24 januari]

Dengan namaMu Allah, aku bermula 24 januari tepat umurnya 17 mohd sayuti mohd safien semasa kecilnya dia antara yang cenderung ke arah teknikal dan mekanikal tidak pernah di sangka arahnya akan ke bidang hafazan dan agama kopiah tidak pernah lekang dari kepala dia orang yang sukakan syiar agama punya aura dan karisma tersendiri jika tidak,manakan sampai jamaah surau boleh bertakbir semangat dengan tazkirah yang di beri itu belum khutbah lagi~! cita citanya tinggi hingga ke negara nabi,madinah al munawwarah yang di cintai mohon doakan, agar ianya di berkati ----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- mari kita sama sama cari

[hujah]

Dengan namaMu Allah, aku bermula saya rindu dengan rumah ini saya rindu untuk berbicara tanpa suara tetapi bila semuanya tidak dapat di luah, biarlah gambar kaku ini yang menjadi hujah kat mende putih tuh ada tulis "5th year" [sayang.sangat]semua kredit gambar untuk hani dan fawwaz

[tarik tali]

Dengan namaMu Allah, aku bermula wahai, sakitnya bila tiada yang mengingatkan rindunya bila tiada yang memuhasabah futurnya diri bila tiada yang menguatkan allah...allah...allah serasanya diri yang dulu itu lebih baik serasanya diri yang sekarang inilah yang paling hina dosa yang tidak terhingga, amal yang tidak ke mana ada hati mahu berkira kira dengan Allah itu pula~! allah...allah...allah seorang adik saya memberitahu kita buat dosa ini macam kita makan sambal belacan pedas, tapi sedap. nak lagi, nak lagi. kan? dia kata, usahalah cari Allah, seperti kita cari air untuk hilangkan pedas itu. dia beri saya satu hadis saya tak pernah baca dan dengar hadis ini tapi, ia beri saya sesuatu "sesungguhnya, setiap amalan ada masa masa rajin. dan tiap tiap masa rajin, ada masa masa futurnya. maka barang siapa yang futurnya menjurus kepada sunnahku, maka dia telah beroleh petunjuk. barang siapa pula yang futurnya menjauhi sunnahku, dia telah tersesat" "mereka rela berada bersama o...

[ustaz asyraf]

Dengan namaMu Allah, aku bermula 30/12 hari kelahiran seorang dari 'abang abang' saya ahmad asyraf shari namanya saya panggil dia ustaz asyraf tidak mahu cerita banyak tentang dia cukuplah saya beritahu dia antara orang yang saya segan dengannya segan dengan ilmunya segan dengan akhlaknya segan dengan peribadinya owh dia sekarang adalah ahli 'team' STC di bawah ust hasrizal -lagi lah saya segan dengan dia- dia yang paling kanan.yang di sebelahnya itu semuanya sudah berpunya.dia? katanya sudah jumpa bidadarinya.hanya menunggu masa =) (dulu, setiap kali kami berbincang, dia mesti minta untuk carikan dia seorang muslimat ikhwan al muslimin.tak perla.dia sudah ketemu ainul mardhiahnya=p) p/s 1:ust,doakan adikmu di sini sentiasa ya.