Skip to main content

31hb julai 2011

6.03 petang 31 julai 2011

tidak sampai sejam lagi untuk aku bertemumu ramadhan

mulianya engkau ramadhan.
di cintai, di rindui kerana darjatmu yang di tinggikan oleh Allah

Allah

ada orang yang mentaatiMu dengan menahan dirinya dari melakukan maksiat.
ada orang yang mentaatiMu dengan bersungguh melakukan amalan sunat
ada orang yang mentaatiMu dengan memuliakan makhlukMu ramadhan ini.

allah
siapa mereka yang Kau lepaskan dari neraka?
siapa mereka yang Kau ampunkan dosa?
siapa mereka yang Kau janjikan syurga?

allah.
aku memang tidak ada kelayakan untuk Kau anugerahkan semulia mulia bulan ini

tapi, Kau mahu tidak untuk kasihani aku Allah?

Allah
mata yang memandang maksiat ini, mata ini jugalah yang sedang menangis mengharap ampunanMu
tangan yang berbuat maksiat ini, tangan ini jugalah yang sedang menulis permohonan keampunan
hati yang penuh kejahatan, nafsu liar dan dosa besar ini, hati ini jugalah yang sedang memohon untuk Kau sucikannya

Allah
diri yang penuh dosa, penuh hina ini, diri ini jugalah yang sedang meminta Kau ampuni ia

Allah, ampuni aku dengan berkat kemuliaan ramadhanMu ini~!

Comments