Skip to main content

[sebaik baik perancangan]

Dengan namaMu Allah, aku bermula

peribadi dan kuasa yang bernama Mubarak (kawan saya panggil dia Murtabak) sudah jatuh, di jatuhkan.
semua sudah tahu itu

gerakan rakyat yang di cetuskan oleh para syabab dan nisa' kelahiran bumi Mesir itu berhasil menjatuhkan penguasa zalim yang mencengkam rakyat lebih 30 tahun lamanya.

di fikiran ketika itu, "bilalah agaknya mahasiswa mahasiswi, pemuda pemudi di Malaysia akan turut bangun dan sedar seperti mereka?"

aduh, serius saya cemburu

malangnya, mahasiswa, para pelajar di universiti tempatan, hanya di sogok dengan hiburan semata mata, hingga budaya keilmuan turut terhakis. yang di kejar bukan ilmu, tetapi pointer dan merit. (saya juga pernah sebegitu). hingga jadilah mereka orang yang tidak peduli dengan isu semasa.

maafkan jika saya pesimis. tetapi itu realiti yang saya lihat.

cuti musim sejuk kali ini, memang dalam cita untuk tidak berada di mesir. saya mengharap untuk menghirup udara hembusan al fateh selepas pakej umrah yang saya mahu ikuti di tangguh ke bulan 3. namun, siapa sangka, tanah yang pernah di jejaki rasul kecintaan saya itu, Allah memberi izin untuk saya juga turut menjejaknya.

saya mengharap untuk menghirup udara hembusan al fateh,
namun allah beri saya kesempatan untuk menghirup udara hembusan para nabi, malah hembusan udara kekasih hati~!
saya mengharap untuk ke turki
allah sampaikan saya ke jeddah~!

allah, benarlah. Dia sentiasa berikan saya yang terbaik.

tetapi, inilah manusia. tidak pernah tahu bersyukur

moga Allah akan terima saya sebagai tetamuNya di lain kali.

benarlah
tetamu Dia, hanya Dia yang pilih.

27 januari. sudah masuk angka 3. sudah perlu banyak berfikir

sunyi. entah kerana ia pagi jumaat atau kerana semuanya sudah ke tahrir. bersedia untuk demonstrasi seterusnya
p/s 1:perancangan menambah ilmu.

Comments