Skip to main content

kemaafan yang menenangkan

Percaya tak, hati akan jadi sangat tenang bila kita maafkan orang yang kita PALING tak suka?

Saya pun mula mula tak percaya langsung.

Sampai-lah suatu hari, saya menangis nangis atas tikar sejadah sebab bencikan seseorang. Sakit hati yang teramat sampai dada rasa mahu pecah.

Tapi masa itu, saya tiba tiba teringat pada satu hadis Rasulullah SAW bahawa Allah tidak menerima amal ibadat seseorang yang memutuskan silaturrahim lebih dari tiga hari.

Air mata jadi lagi laju. 
Hati rasa pedih, tapi takut dengan ancaman nabi. 
"Bagaimana boleh aku maafkan dia yang sudah berkata macam macam, menyakitkan aku sebegini?"

Itu monolog dalaman saya.

Lama saya berfikir sendiri. 
Dan akhirnya, dengan teresak esak saya sebut doa, "ya Allah. Aku maafkan dia keranaMu. Terimalah."

Sekonyong konyong itulah, beban di hati rasa terangkat. 
Sungguh. 
Saya tak tahu bagaimana mahu dijelaskan. 
Tapi itulah yang saya alami waktu itu.
Dada terus lapang, boleh bernafas semula. 
Dan malam itu, tidur saya lena. 
Jiwa saya tenang.
.
.

Sudahlah.
Maafkanlah manusia.
Kerana kita juga mahu Tuhan ampunkan kita

Comments