Skip to main content

ilmu menjawab salam

Masa saya di sekolah menengah dahulu, seorang ustaz saya pernah ajarkan satu ilmu.

Dia kata, Islam ajar, kalau orang bagi salam pada kita, ianya mestilah dijawab sama ada setara atau yang lebih baik. Jadi ustaz tanya pada kami, "kalau saya sebut Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, awak semua nak jawab apa?
Saya main mainkan ustaz di belakang.
Saya cakap, "waalaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh TUH TUH TUH." Nak kata jahil sungguh zaman itu. Huuu. Mujurlah ustaz tak dengar jawapan saya tu. Kalau tidak, bertambahlah senarai guru yang makan hati dengan pelajar bernama Aisyah ini. Segala puji kembali pada Allah yang memberi saya petunjuk, hidayah dan mahu membimbing saya semula selepas sesat.
Sebenarnya, ada cara bagaimana menjawab salam ini. Allah sebut dalam Al Quran, bila orang bagi salam pada kita, jawablah dengan kadar salam yang sama, atau yang lebih baik. (An Nisa': 86)

Orang sebut "Assalamualaikum",
Allah anjurkan jawab waalaikumussalam warahmatullah, atau yang sama dan setara (waalaikumussalam)
Orang sebut assalamualaikum warahmatullah,
Allah galakkan balas dengan waalaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh, atau yang setara.
Bagi lebih. Jangan kurang. 

Ini adab namanya.

Allah nak ajar kita beradab dengan manusia. Sama macam bila kita dipuji oleh rakan, "hebatlah kau ni. Benda susah macam ni pun kau boleh selesaikan."
Mana yang lagi cantik dan bersopan santun;
1) Terima kasih
2) Terima kasih. Kau pun apa kurangnya.
3) Terima kasih. Kau pun hebat jugak. Dah la pandai, baik pulak tu.

Atau senyap dan senyum. Which one?

Mestilah yang paling panjang kan? Barulah kena dengan peribahasa Melayu "orang berbudi kita berbahasa".
Bukanlah nak kata yang pendek itu tak bagus, tapi apa salahnya kita memberi doa dan pujian lebih banyak daripada menerima? Kan?
Provided that pujian itu yang betul la. Jangan tipu dan sengaja nak bodek pula. Kita memuji untuk beradab dan dalam masa yang sama kita sedar yang kita masih ada banyak kurang.

Tapi benda ini kalau dapat pada orang orang yang skeptikal dengan agama, mesti akhirnya diorang komen--

"inilah orang agama. Benda benda kecik macam nilah yang diorang sibukkan sangat"

Ataupun "benda macam ni pun Tuhan nak ajar ke?"

Kalian melihat adab itu benda kecil. Tetapi pada pandangan Allah, ia benda besar.

Lihatlah manusia dan dunia sekarang. Mereka bukan tidak pandai, tetapi mereka kurang moral dan akhlak.

Moga kita semua terjaga adabnya samada yang kecil dan besar.

Comments