Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2018

Membilang nikmat

Orang yang kita tengok sempurna, cukup lengkap segala, tiada cela itu hanya sebab dia tak cerita kisah duka dia. Jika setiap orang bercerita ujian ujian yang dia dapat, pada masa itu, kita akan sedar yang kita semua ini sama sahaja. Kita semua diuji. Cuma ujian kita berbeza. Maka berhentilah membandingkan kisah hidup kita dengan orang lain. Kerana pada waktu kita berterusan membilang nikmat yang mereka terima, kita jadi lupa rezeki yang sudah Tuhan kurniakan pada kita.

kemaafan yang menenangkan

Percaya tak, hati akan jadi sangat tenang bila kita maafkan orang yang kita PALING tak suka? Saya pun mula mula tak percaya langsung. Sampai-lah suatu hari, saya menangis nangis atas tikar sejadah sebab bencikan seseorang. Sakit hati yang teramat sampai dada rasa mahu pecah. Tapi masa itu, saya tiba tiba teringat pada satu hadis Rasulullah SAW bahawa Allah tidak menerima amal ibadat seseorang yang memutuskan silaturrahim lebih dari tiga hari. Air mata jadi lagi laju.  Hati rasa pedih, tapi takut dengan ancaman nabi.  "Bagaimana boleh aku maafkan dia yang sudah berkata macam macam, menyakitkan aku sebegini?" Itu monolog dalaman saya. Lama saya berfikir sendiri.  Dan akhirnya, dengan teresak esak saya sebut doa, "ya Allah. Aku maafkan dia keranaMu. Terimalah." Sekonyong konyong itulah, beban di hati rasa terangkat.  Sungguh.  Saya tak tahu bagaimana mahu dijelaskan.  Tapi itulah yang saya alami waktu itu. Dada ter...

Pangkat dan Darjat

Kerana ada jenis manusia yang terlalu melihat darjat-lah, dunia ini terasa melemaskan, terlihat hanya hitam dan putih. Pembantu dikatakan kuli. Yang tidak bergaji besar disebut tidak berjaya. Pekerja bawahan dirasa tiada harga. Yang lambat mencapai sesuatu, dipanggil membuang masa dan cuma merugikan diri. Ketahuilah. Jika nilai dunia ini hanya pada uang, darjat dan pangkat, maka firaun dan qarun itu lebih mulia dari kalian. Berpadalah dalam berpendapat. Kalau tiada nelayan, kalian tak kan sanggup meredah gelora menangkap ikan. Kalau tiada si pembersih sampah, nescaya hidup kalian terhurung lalat sehingga muntah. Tiap kita punya peranan masing masing. Lakukanlah tugas kalian sebaiknya. Jangan kerana manusia. Kerana manusia itu menyakitkan. Berbuatlah kerana Tuhan. Kerana Dia sentiasa menenangkan.

Soal jawab Penyakit Mental

selama ni asyik sebut sebut pasal depression (Kemurungan), tapi betul ke apa yang kita fikir pasal depresi itu? atau selama ini hanyalah persepsi tanpa asas semata mata? saya berikan jawapan dan sedikit penjelasan ringkas dibawah untuk soalan yang mungkin anda pernah terfikir atau tidak pernah dengar langsung. Soalan soalan ini adalah  daripada soal selidik Adolescent Depression Knowledge Questionnaire (ADKQ). 1: Major Depression is a normal part of adolescence? TIDAK. it is not normal. Major Depressive Disorder (MDD) adalah penyakit mental yang berbeza daripada depresi biasa yang berlaku kerana kehilangan orang tersayang, atau kerana penyakit fizikal lain seperti hypothyroid. 2. Depression runs in some families? BETUL. Antara faktor masalah depresi adalah genetik. persekitaran dan faktor psikologi lain. 3. Depression can be controlled through willpower. TIDAK. Kemurungan tidak berkaitan dengan tahap motivasi seseorang. Ia adalah PENYAKIT mental. ...

Option untuk HO yang ingin berhenti kerja

Entry ini untuk adik adik Housemen yang berhasrat untuk berhenti kerja. Ini adalah pendapat saya daripada dulu sehinggalah hari ini (30 November 2018). Ia mungkin akan berubah pada masa akan datang mengikut situasi semasa, ---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- Ramai adik adik doktor HO even MO yang tanya saya apa option pekerjaan yang mereka ada kalau diorang nak berhenti kerja. Even sampai sekarang. Honestly speaking , NONE. Korang boleh search kat internet macam macam peluang untuk medical grads yang resign, tapi realitinya untuk dapat, peluang TERLALU NIPIS. Terutama dengan keadaan ekonomi sekarang. Kecuali kalau korang: 1) memang tak nak bekerja selepas resign 2) ada kabel untuk carikan kerja (which tak semestinya jamin sebab orang kabel tinggi pun susah nak dapat sekarang. Ini cerita cerita benar) 3) sanggup cuba benda baru dan join business. Ilmu medik korang sangat bagus digunakan ...

ilmu menjawab salam

Masa saya di sekolah menengah dahulu, seorang ustaz saya pernah ajarkan satu ilmu. Dia kata, Islam ajar, kalau orang bagi salam pada kita, ianya mestilah dijawab sama ada setara atau yang lebih baik. Jadi ustaz tanya pada kami, " kalau saya sebut Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, awak semua nak jawab apa ? Saya main mainkan ustaz di belakang. Saya cakap, " waalaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh TUH TUH TUH ." Nak kata jahil sungguh zaman itu. Huuu. Mujurlah ustaz tak dengar jawapan saya tu. Kalau tidak, bertambahlah senarai guru yang makan hati dengan pelajar bernama Aisyah ini.  Segala puji kembali pada Allah yang memberi saya petunjuk, hidayah dan mahu membimbing saya semula selepas sesat. Sebenarnya, ada cara bagaimana menjawab salam ini. Allah sebut dalam Al Quran, bila orang bagi salam pada kita, jawablah dengan kadar salam yang sama, atau yang lebih baik. (An Nisa': 86) Orang sebut "Assalamualaikum", Allah anjurkan j...