Skip to main content

[untuk dia....]


susahnya menjadi orang yang tidak pandai
tidak reti
tidak tahu cara mengekspresi perasaan dalaman pada orang
hatta pada abang saya
rasanya ini medan terbaik untuk bercerita

untuk dia
MOHD SOLEHUDDIN MOHD SAFIEN

aku mohon maaf kalau banyak yang terasa dengan aku
maaf kalau kalau merasakan aku ini menyusahkan
membebankan

hati aku nampak keras dengan dirimu
nampak kasar
tapi sesungguhnya dengan dirimulah
hati aku paling lembut
paling cepat terasa hati
paling banyak aku menangis
paling cepat merajuk

apa dalam hati ini memang tidak terluah
susah
sangat

aku cuma mahu cakap
aku tidak pernah terfikir yang
apa yang aku buat selama ini
itu yang dirimu fikir

tak pernah terniat

aku mahu rasa aku ada abang
aku ada tempat untuk aku menyusahkan
untuk aku ceritakan masalah
kerana dengan orang lain
tidak mungkin untuk aku berbuat seperti itu
tidak mungkin untuk aku bermanja dengan ikhwah yang lainnya
tidak mungkin untuk aku bercerita masalah dengan yang lainnya

aku tahu yang kamu akan lebih sibuk selepas ini
tiada masa lagi untuk aku ceritakan masalah
tiada masa lagi untuk aku meminta bantuan
kerana aku akui bebanan kerja

cuma
kalau hingga saat ini dirimu merasakan
semua itu membebankan
menyebabkan dirimu merasa 'inferior'

aku mohon maaf yang teramat
apa yang aku mahu beritahu
DIRIMU ABANG TERBAIK UNTUK AKU!




Comments