Skip to main content

[hati ini]

allah itu maha adil kan?
maha mengetahui kan?

susahnya apa yang saya rasakan sekarang
payahnya mahu dihuraikan perasaan ini

saya tak tahu masa depan
hatta saya tak tahu apa yang baiknya apa yang berlaku sekarang
cuma saya sedang cuba yakinkan hati
yakin dengan sifat sifat allah

allah
bukan aku tidak mahu mengadu padaMU
cuma aku tidak tahu bagaimana
aku tidak tahu apa

allah
aku tidak pernah tahu yang baik untuk diri
cuma aku mohon
setiap apa yang kau takdirkan
itu yang terbaik untuk aku

kerana
apa yang aku tahu
kau tuhan yang paling kasih pada hambaMU
kau tuhan yang paling mengerti tentang hambaMU
kau tuhan yang paling adil pada hambaMU

allah
aku mohon
aku mohon kau bantu aku
meneruskan pencarian hikmah daripada semua ini!

Comments

Post a Comment