Skip to main content

[usmb,ini untuk kalian]

ini sedikit kandungan dan huraian untuk ayat 9 dan 10 surah al hasyr, dari tafsir Al Azhar karangan Prof Dr HAMKA.

menurut satu riwayat dari Ibnu Abbas, bahawa nabi SAW setelah berkata kaum Ansar itu,"kalau kamu suka,bolehkah kamu bagi bagikan untuk saudaramu kaum muhajirin itu rumah rumah kediaman dan harta benda kamu,aku bagikan kepada kamu harta rampasan itu sebagaimana telah aku bagikan kepada mereka,dan jika kamu kehendaki untuk mereka harta rampasan dan untuk kamu rumah rumah kamu dan harta benda kamu?" lalu mereka menjawab. "kami tidak mahu begitu?mahu kami ialah MENYERAHKAN SEBAHAGIAN RUMAH KAMI DAN HARTA KAMI KEPADA MEREKA DAN HARTA RAMPASAN ITU BIARLAH MEREKA SAJA YANG MENERIMANYA,KAMI TIDAK USAH!"

pernah pula rasulullah SAW berkata kepada orang ansar (menurut riwayat abdurrahman bin zaid bin aslam), "saudara saudara, mereka telah meninggalkan harta benda mereka dan anak anak mereka dan datang menumpang kepada kalian."maka menjawab orang orang ansar. " harta benda kami kita bagi saja,sebahagian untuk saudara saudara kami itu". lalu rasulullah SAW berkata pula, "bolehkah lebih dari itu?". mereka bertanya,"apakah kiranya ya rasulullah?" nabi bersabda,"SAUDARA SAUDARA KAMU ITU TIDAK PANDAI BEKERJA (BERTANI),SUDIKAH KALIAN BEKERJA UNTUK MEREKA,LALU HASIL TANAMAN ITU DI BERIKAN PULA KEPADA MEREKA?". mereka menjawab," KAMI BERSEDIA YA RASULULLAH!"

ada lagi beberapa contoh kisah generasi ini

cukuplah ini buat sahabat sahabat yang terlibat dalam PSMB.

kalian sudah pun berbuat sebaik sahabat~!
jangan risau, ganjaran kalian Allah sudah sediakan di akhirat nanti~!

p/s 1: saya baru perasan.kenapa sejak akhir akhir ini saya susah untuk menulis artikel rasmi.ayat ayat skema.mungkin kerana terpengaruh dengan bahasa blog.aduh,kena elakkan diri dari rumah ini dan rumah orang lain juga~!
p/s 2:ahlan wa sahlan untuk sahabat2 yang akan ke terengganu.mari kita berpesta tarbiyah~!

Comments