ini sedikit kandungan dan huraian untuk ayat 9 dan 10 surah al hasyr, dari tafsir Al Azhar karangan Prof Dr HAMKA. menurut satu riwayat dari Ibnu Abbas, bahawa nabi SAW setelah berkata kaum Ansar itu," kalau kamu suka,bolehkah kamu bagi bagikan untuk saudaramu kaum muhajirin itu rumah rumah kediaman dan harta benda kamu,aku bagikan kepada kamu harta rampasan itu sebagaimana telah aku bagikan kepada mereka,dan jika kamu kehendaki untuk mereka harta rampasan dan untuk kamu rumah rumah kamu dan harta benda kamu?" lalu mereka menjawab. " kami tidak mahu begitu?mahu kami ialah MENYERAHKAN SEBAHAGIAN RUMAH KAMI DAN HARTA KAMI KEPADA MEREKA DAN HARTA RAMPASAN ITU BIARLAH MEREKA SAJA YANG MENERIMANYA,KAMI TIDAK USAH!" pernah pula rasulullah SAW berkata kepada orang ansar (menurut riwayat abdurrahman bin zaid bin aslam), " saudara saudara, mereka telah meninggalkan harta benda mereka dan anak anak mereka dan datang menumpang kepada kalian ."maka menjawab orang ora...