Skip to main content

Soal jawab Penyakit Mental

selama ni asyik sebut sebut pasal depression (Kemurungan), tapi betul ke apa yang kita fikir pasal depresi itu? atau selama ini hanyalah persepsi tanpa asas semata mata?
saya berikan jawapan dan sedikit penjelasan ringkas dibawah untuk soalan yang mungkin anda pernah terfikir atau tidak pernah dengar langsung.
Soalan soalan ini adalah daripada soal selidik Adolescent Depression Knowledge Questionnaire (ADKQ).

1: Major Depression is a normal part of adolescence?
TIDAK. it is not normal. Major Depressive Disorder (MDD) adalah penyakit mental yang berbeza daripada depresi biasa yang berlaku kerana kehilangan orang tersayang, atau kerana penyakit fizikal lain seperti hypothyroid.


2. Depression runs in some families?
BETUL. Antara faktor masalah depresi adalah genetik. persekitaran dan faktor psikologi lain.


3. Depression can be controlled through willpower.
TIDAK. Kemurungan tidak berkaitan dengan tahap motivasi seseorang. Ia adalah PENYAKIT mental.


4. There are certain group of people who are immune from depression.
TIDAK. semua orang berisiko mengalami kemurungan. ianya juga tidak ada kaitan dengan tahap ilmu agama seseorang.


5. A person with depression always feels sad.
TIDAK. Mood mereka BIASANYA di tahap yang rendah. Tetapi bukan di SEMUA waktu.


6. Major Depression is a treatable mental illness.
BETUL. MDD adalah penyakit mental yang boleh dikawal dengan penggunaan ubat ubatan, psikoterapi dan sokongan dari orang orang sekeliling.


7. Major Depression is a curable mental illness.
TIDAK. mereka yang didiagnos dengan MDD tidak akan sembuh daripada penyakit tersebut. Ianya boleh berulang. MDD hanya boleh dikawal, tetapi tidak boleh disembuhkan.


Dapat sesuatu? Moga moga.

Comments