Skip to main content

Pangkat dan Darjat

Kerana ada jenis manusia yang terlalu melihat darjat-lah, dunia ini terasa melemaskan, terlihat hanya hitam dan putih.

Pembantu dikatakan kuli.

Yang tidak bergaji besar disebut tidak berjaya.

Pekerja bawahan dirasa tiada harga.

Yang lambat mencapai sesuatu, dipanggil membuang masa dan cuma merugikan diri.


Ketahuilah.

Jika nilai dunia ini hanya pada uang, darjat dan pangkat, maka firaun dan qarun itu lebih mulia dari kalian.


Berpadalah dalam berpendapat.

Kalau tiada nelayan, kalian tak kan sanggup meredah gelora menangkap ikan.

Kalau tiada si pembersih sampah, nescaya hidup kalian terhurung lalat sehingga muntah.

Tiap kita punya peranan masing masing.

Lakukanlah tugas kalian sebaiknya.

Jangan kerana manusia.
Kerana manusia itu menyakitkan.


Berbuatlah kerana Tuhan.
Kerana Dia sentiasa menenangkan.

Comments