Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2010

[meh kepala!]

kalau bercakap sebagai seorang 'UMAR saya akan cakap 'bak sini kepala aku pancung!' kalau bercakap sebagai seorang AISYAH saya akan cakap 'langkah mayat aku dulu!' berita lanjut boleh tengok sini

[kata hukama']

Kata para hakim Sudahlah... Jangan kamu sibuk menyebut diri kurang berzikir Jangan kamu berlama meratapi masa lalu yang terbuang Bangun! Kalau kamu kurang berzikir Ayuh segera berzikir! Kalau kamu terkalahkan oleh nafsu tidak bisa bangun beramal Ayuh,apa tunggu lagi? Perkemaskan amalan! Kalau kamu jijik kerana dirimu kotor dengan dosa Nah,apa lagi ditunggu? Bertaubatlah dan kembalilah DIA pasti menyambutmu dengan gembira Ketahuilah... Bersedih dan berlama menyesali diri dek kurang beramal itu juga dari Syaitan ~albazrah~

[sentiasa percaya...]

Allah... aku sentiasa percaya engkau yang paling memahami aku sentiasa percaya engkau yang paling mengerti aku sentiasa percaya engkau yang paling mengetahui dan aku sentiasa percaya engkau yang paling memiliki! hati ini milikMU Allah diri ini kepunyaanMU Allah aku mohon untuk engkau sucikan mereka Allah kerana aku tiada daya al mumtahanah: 7 p/s 1:syukran ain.saya percaya yang allah sedang pujuk hati saya dengan kalam DIA yang awak beri itu.ape pun,terima kasih walau awak tidak tahu apa yang saya rasa ini p/s 2:Allah,bukan engkau yang jauh.tapi aku yang tidak mendekat padaMU!

[perempuan itu...]

perempuan itu makhluk perasaan melenturnya mesti dengan kelembutan mesti dengan kasih sayang namun mesti juga dengan ketegasan agar dia tidak akhirnya lari dari acuan perempuan itu diciptakan lemah melenturnya perlu dengan hemah perlu juga dengan hikmah agar dia akhirnya tidak patah perempuan itu dijadikan Allah dengan segala kecantikan kerana itu perintah Allah agar kamu menundukkan pandangan kerana itu perintah Allah agar kamu membatasi pergaulan supaya akhirnya kamu menjaga kemaluan! perempuan solehah itu nilainya lebih daripada isi dunia bahkan lebih dari bidadari syurga apa yang menyebabkan dia lebih mulia? kerana dia menjaga haya' dan malunya wahai kamu insan insan perempuan... dirimu itu sangat berharga jadi.bertakwa dan peliharalah! -hadiqah,26/4-

[sedih...]

izzahnya mesir ini dengan azhar dan pelajarnya kamu pelajar pelajar perubatan hanya menumpang berkat mereka hari ini hak mereka dinafi bermula dengan penghantaran pelajar muadalah dihenti sekarang mahu dihantar ke kaherah semuanya sekali bukan mengatakan pelajar 'medic' itu tidak elok bahkan itulah yang dituntut tapi kerana merekalah 'front line' agama kerana setiap kita punya pengkhususan masing masingnya! p/s 1:berita akhir2 ini sangat menyedihkan.Allah,hanya padaMU kami mengharap.kami mohon untuk KAU takdirkan yang terbaik!

[semasa 10]

berita 1:wanita perancis di denda memandu pakai niqab komen 1:apa kaitan niqab dengan memandu?yang xpakai niqab lagi ramai accident! berita 2:mati ditikam suami komen 2:rasa rasanya setiap hari,mesti ada kes tentang keganasan rumah tangga.kalu ikut islam,isteri atau suami itu menyebabkan kamu tenang dengan mereka.tp skrg,bukan tenang,serabut! berita 3:najib kata tok guru buat ingkaran serius komen 3:kita ni kan,perlu dengar nasihat orang yang HIDUP DENGAN BERAGAMA ke KETUA AGAMA?ketua agama pon tak hidup dengan agama~ berita 4:pembedahan bentuk wajah penuh pertama dunia komen 4:setiap satu kes perubatan,ada kaedah fiqh nya yang tersendiri berita 5:tarik balik ikan beracun di pasaran palestin komen 5:macam macam cara israel guna untuk bunuh rakyat palestin.kita?apa cara kita guna untuk tolong sahabat kita?banyak cara x?ke satu cara jer? berita 6:maut jatuh apartmen elak tangkap khalwat komen 6:kita ini jahat atau baik,bukan diukur sepanjang kehidupan kita,tapi dengan pengakhiran kita ya

[akhirnya~]

akhirnya~~~~ habes menjual 400+ cupcake 200+ donut jumlah yang sangat besar bagi saya yang tak pernah masak untuk orang hanya masak untuk rumah=) apa apa pun sangat sangat berterima kasih dekat ahli bet nawal,ain,amal,kak ji syazana,hani,su dan ida juga! sebab mereka sangat mantap dan berkaliber:p buat adunan,menguli,membakar,menggoreng,mencorak,membungkus,mewarna,menggunting semuanyalah~ leteh...tapi seronok! sayang kamu kamu semua~~ p/s 1:komen sket~

[sakit~]

ini menyakitkan kami! ini kisah tanta kisah keluarga kami kamu cubit seorang adik beradik kami satu keluarga yang merasa sakit ust dzul ketua kami sila selesaikan kes ini dengan bermaruah! facebook? aduh ini cara orang kedutaan kah? saya pun tiada akaun facebook~

[cantik..]

kamu tahu kan Islam ini cantik...kan? tapi kamu tahu tidak kenapa islam ini cantik? mahu tahu? Islam ini cantik dengan keseimbangan cantik dengan keadilan islam itu cantik jika pemimpin itu baik dan bertaqwa jika rakyatnya taat maka jadilah negara itu "baldatun toyyibatun wa rabbun ghafur" islam itu cantik jika suaminya soleh dan isterinya solehah islam itu cantik jika yang menjadi tamu faham adabnya jika si tuan rumah arif haknya maka jadilah ianya "mahabbah wa rahmah" islam itu cantik jika yang jahil menjaga adabnya jika yang alim tahu akhlaknya islam itu cantik jika si tuan tahu batasnya jika si hamba kenal haknya kalau begitu kisah si Asiyah itu tidak cantikkah? sirah nabi Lut itu tidak cantikkah? cantik tapi tidak sempurna kecantikannya. bukankah Islam itu cantik lagi sempurna? p/s 1:sila kritik~

[untuk kalian..]

untuk adik adik juga sahabat sahabat saya doakan moga Allah tenangkan hati kalian saya doakan moga Allah berikan pertolongan pada kalian saya doakan moga Allah berkati usaha usaha kalian saya doakan moga Allah ganjarkan setimpal dengan usaha usaha kalian moga kalian mumtaz dalam hidup seperti mana kalian mahu mumtaz dalam ujian ini akhirnya kata al imam Ghazali dalam kitabnya manusia ini hanya 4 yang satunya mumtaz di dunia tapi gagal di akhirat yang duanya mumtaz di dunia dan juga mumtaz di akhirat yang ketiganya gagal di dunia tapi mumtaz di akhirat yang akhirnya gagal di dunia dan juga gagal di akhirat pilih!

[tuhan kita ini]

mari hayati nasyid ini sahabat sahabat ingat hidup seorang hamba perlu kepada dua khauf dan raja' takut dan harap takutlah pada sifat jabbar Allah takutlah dengan qahharnya tuhan kita ini haraplah dengan sifat memberiNYA haraplah dengan sifat pemaafNYA haraplah dengan sifat kasih sayangNYA kalau bukan kamu mengharap pada DIA,siapa lagi? itulah Allah tuhan kita tuhan sekelian alam

[cupcake AQSA]...*edited

ini hasil kami satu rumah untuk jualan LIFELINE 4 GAZA moga ianya satu amal hanya untukMU Allah! p/s 1:iklan akan dapat nanti.jualan ini jualan amal.jadi,sambil sambil makan,jangan lupa ini amal kamu! p/s 2:kredit untuk bet castle untuk resepi yang sedap!=) p/s 3: ini link untuk tempahan

[nyamuk...]

SUBHANALLAH... Allah, aku mensucikan engkau dari sifat sifat kekurangan aku mensucikan engkau dari sifat sifat keburukan aku mensucikan engkau dari penyekutuan ALHAMDULILLAH... Allah, segala puji bagimu atas segalanya segala puji bagimu atas semuanya segala puji bagimu atas seluruhnya ALLAHUAKBAR... Allah, maha besar engkau atas kelemahan hambamu maha besar engkau dari kekurangan hambamu maha besar engkau dari kekerdilan hambamu "sucikanlah nama tuhanmu yang maha tinggi.yang menciptakan, lalu menyempurnakan (penciptaanNYA)" al a'la:1-2 -tulisan ini bukan untuk menafsirkan ayat ayat di atas- kamu tahu? Allah bukan setakat berbelas ihsan dengan menciptakan kita bahkan Allah sempurnakan penciptaan kita kita ini Allah tak buat cikai cikai macam kita buat 'assignment' Allah sempurnakan Allah sempurnakan manusia dengan perasaan Allah sempurnakan manusia dengan nafsu Allah sempurnakan manusia dengan pasangan Allah sempurnakan manusia dengan makhluk lainnya kenapa saya ka

[PALESTIN...kamu milik ISLAM!]

lifeline4gaza 10 juta angka yang mahu dicapai nampak mustahil untuk di kecap Allah berjanji bukan hasil yang dilihat namun pandangan Allah jatuh pada kerja yang dibuat janji ini melegakan hati kamu berjaya? kamu gagal? itu bukan soalnya soalnya kamu bekerja atau tidak? kamu malas? kamu tidur? kamu menonton 'movie'? kamu bergosip? kamu makan makan? wahai diri! ISLAM tidak akan naik dengan orang serupa kamu ISLAM tidak akan megah dengan manusia pemalas serupa kamu ISLAM tidak akan ada 'izzah dengan insan serupa kamu kamu mahu mulia ISLAM ini dihina dengan kamu kamu inikah? atau kamu mahu apa sebenarnya? p/s 1:mahu sertai kempen LE 100 untuk palestin.setiap satu sen itu Allah kira.jangan ingat ianya menyebabkan kamu kekurangan.kerana kamu baru sahaja menambah simpanan di akaun akhirat! p/s 2:nawal kata "ayuh,bantu palestin ganyang israel!"

[kebiasaan...]

kamu tahu? kebiasaan itu membunuh! proses transisi mulanya mencetus kaget lama kelamaan ianya membuah rasa 'relax suda' hati itu fitrahnya bencikan apa yang Allah benci dan jika ianya tidak disuburkan dengan iman,ia me-layu kamu bencikan kezaliman? kamu akan terbiasa dengannya jika tiada yang mengingatkan kamu tidak sukakan couple? kamu akan terbiasa dengannya jika tiada yang menegur kamu sakit dengan maksiat? kamu akan terbiasa dengannya jika tiada yang mencegah akhirnya jadilah semuanya satu kebiasaan menonton filem yang mempunyai adegan berpeluk cium itu biasa berpegangan tangan sesama artis itu biasa melihat bayi di buang sesuka hati itu biasa kerana kita sudah terbiasa terbiasa dengan hidup sendiri terbiasa dengan menyendiri terbiasa dengan 'aku aku,engkau engkau' terbiasa dengan 'lu lu,gua gua' Allah,moga yang baik di sisiMU itu nampak baik pada kami,dan moga setiap yang buruk padaMU itu nampak buruk pada kami! p/s 1:hati itu merintih dengan kebiasaan ini.

[mahu baca?]

mahu bercerita tentang sesuatu mahu dengar? pernah tidak dengar tentang "satu yang baik untuk seseorang itu,mungkin ia tidak elok untuk seorang yang lain"? atau kamu pernah dengar "suatu itu mungkin satu yang biasa untuk orang biasa,tetapi ia menjadi suatu yang luar biasa bila dilakukan oleh yang luar biasa juga"? begitulah timbang tara setiap satu berbeza mengikut siapa penilainya pada ummat ini,qiam itu suatu sunnah pada diri rasulullah,ianya wajib pada rakyat,ianya digelar mencuri atau merompak jika mengambil yang bukan hak tapi pada pemimpin,namanya pengkhianat untuk seorang mad'u,semuanya akan menjadi biasa namun seorang daie',dia mesti seorang yang luar biasa p/s 1:ada sesuatu yang terbuku di dada.cuma tidak tahu bagaimana mahu dicurah di sini p/s 2:setiap satu perenggan tidak semestinya berkaitan.kalian boleh buat kesimpulan apa sahaja

[kata yang menarik]

lama tidak mentadabbur kata kata Allah kan? jom ayat ayat ini menarik "sungguh,kami mengetahui bahawa apa yang mereka katakan itu menyedihkan hatimu (muhammad), (janganlah bersedih hati), kerana sebenarnya mereka BUKAN mendustakan engkau,tetapi orang yang zalim itu mengingkari ayat ayat Allah" "dan sesungguhnya rasul rasul sebelum engkau pun telah di dustakan,tetapi mereka sabar terhadap pendustaan dan penganiayaan (yang dilakukan) terhadap mereka,sampai datang pertolongan kami kepada mereka.dan tidak ada yang dapat mengubah kalimat kalimat(ketetapan) Allah.dan sungguh,telah datang kepadamu sebahagian dari berita rasul rasul itu" "dan jika keberpalingan mereka terasa BERAT bagimu (muhammad), maka sekiranya engkau dapat membuat LUBANG DI BUMI atau TANGGA KE LANGIT lalu engkau dapat mendatangkan mukjizat kepada mereka, (MAKA BUATLAH).dan sekiranya Allah mengkehendaki,tentu dia jadikan mereka semua mengikuti petunjuk,sebab itu janganlah sekali kali engkau termasuk

[umi...]

15 april 49 tahun da umi sekarang tapi kalau pergi mana mana,mesti orang akan cakap akak dengan umi adik beradik terasa tua tapi bangga sebab umi jadi muda heeeeee kalau telefon umi umi mesti akan pesan "solat dhuha jangan tinggal,sembahyang malam buat.itu amalan ulama'.kalau nak jadi kuat,mesti buat." tak pernah lepas hmmm untuk umi akak minta maaf banyak banyak akak usaha jadi anak yang terbaik supaya akak jadi saham terbaik umi dan ayah di sana nanti jangan risau, nanti akak tengok tengokkan soleh! heeeeeee akak sayang sangat umi~~~ p/s:hukhuk.mode nak balik~

[corat coret]

sebenarnya tidak mahu mengulas perkara ini tapi adik saya sofwan bertanya mengenainya jadi siapa siapa yang rasa saya seolah olah mahu membesar besarkan cerita tolong jangan baca. serius,saya serius. jangan baca. saya tak suka. amaran:ayat tidak rasmi.tlg abaikan kesalahan bahasa disini okeh sofwan,begini ceritanya =) since aku ada blog untuk cerita,hang baca kat sini jerla yek. al kisahnya baru baru ni,ada pilihan raya pilihan raya untuk memilih BADAN PENGURUS kepada PERSEKUTUAN MELAYU REPUBLIK ARAB MESIR atau nama lennya adalah PMRAM,persatuan pelajar2 malaysia kat sini soleh jadi salah seorang calonnya dan di takdirkan Allah dia menang hmmm gitu jerla dia xderla jadi ketua untuk PMRAM cuma jadi BP sahaja.lebih kurg ajk la kalo persatuan len tp sebb ni PMRAM 'izzah die lebih sket (bukan izzah soleh,izzah BP tu) so,ramai la yg duk bercerita. huhuh xperla xpenting pon yg tuh yg penting sokong dia dari belakang kalo org len xder pastikan aku ngn mu ada okeh bro? heheh itula ceritan

[semasa 9]

berita 1:zaid ibrahim calon PKR di hulu selangor komen 1:moga sejarah2 perak dan pulau pinang tidak berulang berita 2:perodua rancang labur 120 juta tahun ini komen 2:dari dulu lg saya pelik ngn mesia nih.kt pencemaran,jalan sesak,kena berkongsi kenderaan untuk jimat minyak.tp kereta makin banyak buat,makin banyak eksport.pelik2.. berita 3:bapa bayi dibuang patut disalahkan komen 3:semua org patut disalahkan.baek ulama yang senyap hingga marhaen yang memekak! berita 4:baju merah terus mendesak komen 4:revolusi di mana2 sejarah digerakkan oleh 3 kuasa.mahu jadi kuasa yang mana??? berita 5:PAS cadang sokong turki dalam bab nuklear komen 5:betol per?malaysia sejak najib naek makin pelik jadinya.xpercaya,korg balik dulu.huhu berita 6:terjun perigi selepas dengar suara ghaib komen 6:hmmm...ni dari segi medic,schizo kot..dari segi perubatan islam....pkr la sendiri berita 7:isa pilih bibi komen 7:'no comment'

[ini permulaan untuk kamu]

dia abang SAYA sekarang dia pemimpin KITA mesej saya selepas mengetahui keputusan "Allah baru sahaja menghantar satu malaikat untuk kamu, untuk jawatan yang tidak diminta ini" teringat semasa mula mula dia dicalonkan dia ada bertanya pendapat saya nasihat saya hanya satu ISTIKHARAH kerana pendapat manusia ini terlalu banyak pro dan kontra yang pelbagai namun jika ya kata Allah maka jawapan kamu juga mesti ya! berhabisan juga saya dengan umi dan ayah untuk perkara ini sehingga akhirnya saya yang dikatakan 'lebih' dari dia =) apa pun untuk abang saya ini aku sentiasa mendoakan yang terbaik tanggungjawab makin bertambah amanah makin berat cuma mahu dirimu ingat insyaallah aku akan jadi pengkritik dirimu yang akan sentiasa menyokong perjuangan ini perjuangan yang baru bermula

[tiada apa apa]

'entry' ini dibuat dengan rasa lega selepas selesai menyudahkan 'assignment' yang tertunggak saya terasa dengan satu status ustaz zuhdi suatu hari itu walau status itu bukan untuk saya bukan terasa dengan sakit HATI tapi lebih terasa yang terketuk KEPALA kata dia "nak jadi seperti seseorang yang dikagumi bukan semudah ungkapan mulut dan tulisan status" kata saya -ini bukan jawapan untuk dia.sekadar mahu berkongsi dengan sahabat sahabat- kenapa saya sentiasa bercerita tentang 'umar? kenapa saya kerap mengatakan bahawa saya mahu menjadi 'umar? kerana bagi saya kata kata yang disebut itu suatu motivasi bagi saya saya ada seorang yang dekat dengan peribadi saya ia perangsang untuk saya berubah berubah menjadi 'umar 'umar al khattab jika ada yang bertanya kenapa bukan rasulullah s.a.w? saya jawab kerana saya merasakan bahawa saya tidak mampu untuk menjadi seperti rasulullah saya rasa saya sangat jauh untuk itu yang nabi itu insan yang tidak pernah m

[ain vs aisyah]

Abu Bakar r.a vs 'Umar al Khattab r.a abdullah gul vs reccep tayyip erdogan ain alyaa vs aisyah kesimpulannya ain alyaa=abdullah gul=abu bakar aisyah=tayyip erdogan='umar yeah~!!! p/s 1:seronok nih p/s 2: perasaan ini saket tahu tak!...(umi~~~~)

[mana milik kita?]

mana milik kita? bukankah semua Allah yang punya? kamu tahu kita ini sentiasa rasa memiliki sentiasa rasa menguasai rasa yang tidak sudah merajai rasa yang tidak habis meninggi diri hei! sedar sedar sedar kamu itu hanya hamba Allah itu pencipta lagu ini untuk kamu

[semasa 8]

berita 1:dua beradik ditikam ibu dalam pantang komen 1:agak2nya kan,bidang psychiatrik ni da jadi farhu ain ke utk kite?xkira pengajian islam atau medic,bidang ni rasanya perlu di dalami berita 2:polis temui buku resepi dadah komen 2:sedap ke??? berita 3: pengeboman di moscow komen 3:yang dituduh adalah orang islam.mahu melihat perkembangan seterusnya.tiada ulasan mahu dibuat berita 4:individu dicari sebagai agen perisik britain komen 4:salah satu ciri yang dikehendaki adalah MESTI BENCIKAN JANGGUT.apsal??xder kaitan langsung. berita 5:bekas imam miliki dadah dipenjara komen 5:berita yang dihighlight macam ni memang orang 'eager' nak baca.apa nabi cakap?nabi kata,orang yg beriman tidak akan minum arak,kecuali semasa minum itu imannya hilang. berita 6:pilhan raya kecil di hulu selangor komen 6:mahu tengok taktik najib.ini pilihan raya kecil pertama selepas dia naik,kalau tak silap.samakah strateginya dengan abdullah atau mahathir?tggu dan lihat berita 7:siti menang lagi di anuge

[ini 'umar]

'Ali,'Uthman,Talhah,az Zubayr,'Abdur Rahman and Saad(may Allah be pleased with them all) gathered together,and 'Abdur Rahman bin 'Auf was the most outspoken of them with 'Umar.they said, "o 'Abdur Rahman,why dont you speak to ameer al mu'mineen concerning the people?sometimes one who is in need comes with fear of ' Umar prevents him from speaking,and he goes back without having his need met."so he went to him and spoke to him about that,and he said, "o 'Abdur Rahman,i adjure you by Allah,did 'Ali,'Uthman,Talhah,az Zubayr and Sa'ad or some of them tell you to say this?".he said "yes,by Allah".he said "o 'Abdur Rahman,by Allah,i was kind to people until i feared Allah because of being too kind,then i was harsh with them until i feared Allah because being too harsh.What is the solution?".'Abdur Rahman got up,weeping and dragging his izar,and gesturing with his hand as if to say,"what a

[kisah orang hebat]

The Romans captured the great sahabi 'Abdullah bin Huzaifah as Sahami,and took him to their king,who said to him:"become christian and i will share kingdom with you and give you my daughter's hand to marriage".he (Abdullah) said to him,"even if you gave me all that you possess and all that the Arabs possess to make me give up the religion of Muhammad for the blink of eye,i would not do it."He said. "then i'll kill you".He said, "its up to you".so the king ordered that he be crucified and the archers shoot him near his hands and feet,whilst he was telling him to become christian,but he refused to do so.then he ordered that he be taken down and a huge pot of COPPER be heated up.then one of the muslims prisoners was brought and thrown into it,and when he looked there was nothing left but bones.He again told him to become christian,but he refused.then he ordered that he be thrown into the pot,and he was lifted on a pulley to be thrown in,

[kamu tahu?]

GHAZWAH MU'TAH bila terjadi? jamadil awwal 8H kenapa tercetus? pembunuhan Al Harith(utusan nabi)kepada raja busra bilangan tentera muslimin? 3000 orang bilangan musuh? lebih kurang 200 000 orang (100 000 di hantar oleh Hercules,100 000 lagi oleh Syarhabil) sahabat nabi yang disebut di dalam hadis Zaid bin Harithah,Jaafar bin Abi Talib,Abdullah bin Rawwahah kenapa disebut ghazwah walaupun nabi tidak menyertai? kerana bilangan muslimin yang ramai fakta 1-peperangan pertama yang disertai oleh Khalid Al Walid selepas keislamannya 2-luka tikaman di tubuh Jaafar di sebelah hadapan tidak kurang dari 50 tikaman 3-ya,tentera muslimin gentar hingga mahu menulis surat kepada rasul.tapi kata Abdullah "kita berperang kerana 2 kemenangan-syahid atau kemenangan" 4-Al Harith adalah satu satunya utusan nabi yang di bunuh 5-pedang yang patah di tangan Khalid dalam peperangan ini adalah 19 bilah. sumber:zahratul amani sumber amani:rahiq makhtum ini mu'tah sekarang