Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2010

[ulasan]*edited

Dengan namaMu Allah,aku bermula imtihan midterm baru selesai di duduki apa cerita? no comment owh saya mahu memberi ulasan sebenarnya tentang dua isu ini salah satu isunya gelombang pembuangan anak beramai ramai,dan cetusan idea baby hatch menimbulkan isu sekolah ini pula idea idea ini tidak selari dengan anjuran Islam.Allah dan nabi mengajar konsep pencegahan dulu,baru mengubati. bab zina,allah suruh tundukkan pandangan bab anak derhaka,allah suruh berbaik dan tidak membantah bab mencuri,nabi suruh bekerja walau esok kiamat bab isteri curang,nabi suruh cari isteri beragama semualah sedangkan idea yang ada tentang bagaimana nak di ubati. kalau kamu ini doktor,teruklah rasanya symptomatic treatment sangatlah membebankan.kerana ianya akan berulang.dan mungkin lagi teruk.sedangkan yang perlu diubati,adalah puncanya.bukan symptom dan sign. *kalaupun treatment itu diperlukan,ianya bersifat jangka masa pendek. long term treatmen t itu perlukan pada kajian aetiology untuk semuanya adalah ke

[bolehkah MELAYU bersatu?]

Dengan namaMu Allah,aku bermula sila lihat ini wacana ini sudah lama di buat.cuma kerana semasa berlangsung itu,saya menghadapi imtihan,saya hold kan dulu untuk mengikuti perbincangan ini.hingga akhirnya saya langsung terlupa semalam,saya melihat update dari blog junior saya ,sang kelawar . baru teringat tentang wacana ini junior saya sudah memberi komennya.boleh lihat di rumah dia komen saya? ustaz mujahid tidak perlu menjawab banyak pun.dr asri sudah menjawab untuk dia=) kalian boleh lihat dan bandingkan sendiri adab mereka berbicara dan berbahas lain sungguh bak kata sang kelawar dulu dalam satu artikelnya orang yang punya ilmu dan taqwa,dengan perkara haram pun boleh dapat redha Allah, tapi,orang yang tiada ilmu dan taqwa,dengan perkara halal pun Allah murka! selamat membuka minda. cuma jangan menjadi orang yang ada sifat denial syndrome. sudah diberi petunjuk,saja dipekakkan telinga di butakan mata~! moga moga Allah masih hidupkan hati kita~!

[khalid]

Dengan namaMu Allah,aku bermula ini Khalid kepunyaan adik saya di sini saya mahu bercerita tentang Khalid Al Walid untuk adik saya itu jangan di ikutkan rasa sedih bersedihlah atas fitrah kamu itu manusia namun kamu perlu bangkit kerana kamu itu juga mujahidah! adik, ini khalid yang kamu perlu contohi 1-khalid RA diberi gelaran saifullah selepas dia menjadi panglima dalam perang mu'tah 2-khalid RA memimpin 3000 tentera islam menentang 200 000 tentera romawi dan hanya 12 orang tentera islam yang syahid 3-semasa pengislaman khalid,nabi dengan gembiranya bersabda,"nampaknya mekah telah melemparkan kepingan hatinya kepada kita" 4-'umar menyebut " aku takut manusia terpesona dengan kehandalanmu sehingga mereka menganggap kamu punca kemenangan" 5-general byzantium yang ditimpa kehairanan melihat kehebatan khalid bertanya, " apakah tuhanmu telah menurunkan pedang dari langit lalu diberikan kepada kamu sehingga kamu tidak pernah kalah dalam peperangan?" 6-

[jiwa]

Dengan namaMu Allah,aku bermula Seorang pemimpin,tidak dapat tidak,dia perlu berjiwa besar.Berjiwa besar,menjadikan dia memandang suatu masalah itu kecil,namun tidak enteng untuk diperkecilkan.Pemimpin yang berjiwa besar melihat suatu halangan itu cabaran,bukan masalah yang menjadi sekatan. Mahu belajar berjiwa besar? mari lihat contoh sahabat. 1:Khalid al walid pernah meminum racun,dengan keyakinan bahawa ajal maut itu di tangan Allah,dan racun itu tidak sedikit pun memberi kesan 2:Khubaib RA dikisahkan adalah orang yang mempelopori amalan mengerjakan solat sunat 2 rakaat sebelum di jatuhkan hukuman bunuh 3:Abu Dujanah RA ketika perang Yamamah berlangsung,telah melemparkan dirinya ke dalam kebun musailamah al kazzab hingga patah kakinya. 4:Abu Dujanah RA juga dikenali sebagai seorang yang berjalan mendada di dalam peperangan.setiap kali menyertai perang,dia mengenakan serban merah.bila dilihat sahabat,kata mereka,"Abu Dujanah telah mengeluarkan ikat kepala kematian". 5:Khali

[50 kata kata tokoh]

Dengan namaMu Allah,aku bermula status:sudah lama habis dibaca konklusi awal: 1-buku ini untuk pemimpin 2-ust dzulkhairi menulis semuanya dengan keadaan berwudhuk kecuali dalam satu catatan sahaja. 3-bacalah sendiri.bak kata ust,mereka yang suka sejarah,akan lebih mahu tahu.mereka yang tidak suka,akan jatuh cinta. 4-yang buat saya tersenyum,kata kata pertama yang ditulis,di ambil dari 'umar al khattab~! p/s 1:saya ingatkan buku ini sudah hilang.beberapa hari ini,saya teringatkan buku ini. p/s 2:buku ini antara buku terawal yang saya cari semasa pulang ke malaysia tahun lepas.

[al faruqi]

Dengan namaMu Allah,aku bermula suhail dan umar al faruqi yerp ini 'umar saya dia banyak bantu saya meletakkan batas dan penghadang antara yang haq dan yang bathil!

[kebenarankah ini?]

Dengan namaMu Allah,aku bermula di ambil dari sini Sebuah email yang dari seorang kawan dari Arab Saudi...diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu untuk dikongsi bersama anda semua... ____________________________________________ Penghormatanku kepada lelaki agung, Adolf Hitler, semoga ada sepertinya di zaman ini... Aku berbual dengan seorang ahli keluarga yang sedang menamatkan tesis PhD beliau dan aku amat terperanjat apabila beliau nyatakan tesis beliau berkaitan Adolf Hitler, pemimpin Nazi. Maka aku katakan "Takkan dah habis semua tokoh Islam di dunia ini sampai kamu memilih si bodoh ini dijadikan tajuk?" Beliau ketawa lalu bertanya apa yang aku ketahui tentang Hitler. Aku lalu menjawab bahawa Hitler seorang pembunuh yang membunuh secara berleluasa dan meletakkan German mengatasi segala-galanya...lalu dia bertanya dari mana sumber aku. Aku menjawab sumberku dari TV pastinya. Lalu dia berkata : " Baiklah, pihak British telah melakukan lebih dahsyat dari itu...pihak Jepun s

[ubah~!]

Dengan namaMu Allah,aku bermula Allah,engkau itu yang maha suci aku ini yang hina Allah,engkau itu yang maha besar aku ini yang kerdil Allah,engkau itu yang maha terpuji aku ini yang terkeji ------------------------------------------------------------------------------------------------- jika agenda,propaganda dan dakyah maksiat itu berubah mengapa tidak dengan dakwah? mengapa tidak dengan tarbiyah? tolonglah~! mahu orang tertarik tapi masih takut untuk berevolusi kemudian menyalahi dan memaki saya bukan pemikir cuma pemberi idea jika diberi tugasan menjadi runner,saya terima. titik. p/s 1:faham ke?

[manusia]

Dengan namaMu Allah,aku bermula manusia... bila di rasa dunia ini dia yang punya dosa pahala entah ke mana manusia... bila di rasa dia punya segala tidak di kira siapa mangsanya ------------------------------------------------------------------------------------------------- pernah seorang ulama di tanya seorang tukang jahit bagaimana keadaan dan kedudukan dirinya yang perlu membuat pakaian kepada seorang raja yang zalim adakah dia termasuk dikalangan yang membantu mereka yang zalim? kata ulama itu tidak! bahkan kamu itulah yang zalim! p/s 1:Allah,kami adukan semuanya padaMu!

[momentum]

Dengan namaMu Allah,aku bermula majoriti pelajar universiti tanta sudah menerima natijah masing masing bagaimanapun keputusan yang mendatang, saya doakan kalian tetap dengan iman sentiasa dengan kasih sayang dari tuhan ucapkanlah Alhamdulillah carilah hikmah dan jangan rebah ber'uzlah lah moga diberi ketenangan buat yang berjaya jangan sehingga kalian lupa untuk bersyukur jangan angkuh buat yang bukan gagal,cuma ditangguhkan kejayaan mereka masa masih ada jika diakhirat,kalian tiada peluang ke dua maka jadikan masa berbaki untuk berusaha jangan mengalah,teruskan doa cari semangat yang hilang untuk kalian mencari momentum jangan berhenti kerana kata nabi jika esok kiamat,teruskan juga dengan bertani~!

[rintih]

Dengan namaMu Allah,aku bermula saya tuliskan kembali kata kata senior saya yang banyak membangkitkan semangat saya pernah alami situasi yang sama dahulu ini kali ke 3 Allah uji saya begini Alhamdulillah walau jiwa seorang hamba itu tidak tetap Allah masih sedia mahu saya memilihnya sebagai pencipta DIRI aku untuk ISLAM NYAWA aku untuk ISLAM HARTA aku untuk ISLAM JIWA aku untuk ISLAM tidak sesekali aku berundur tidak sesekali aku pentingkan nafsu lebih dari Islam Ya Allah beri aku kekuatan tambahkan aku iman matikan aku pada jalanMu aku sujud padaMu aku rintih padaMu p/s 1:semangat saad muncul~! p/s 2:selepas ini saya akan kenalkan kalian dengan kekasih hati saya,'umar dan saad.

[harap]

Dengan namaMu Allah,aku bermula saat ini saya mengharap semangat 'umar itu terus hidup kekuatan 'umar itu terus subur tika ini saya sangat sangat rindu pada dia 'umar 'umar 'umar~~~!!!

[tidak sedih,tapi tidaklah gembira]

Dengan namaMu Allah,aku bermula dan akhirnya, takdir Allah itu tetap yang paling dan tercantek saya perlu mengulang satu kertas ophthalmology mula mula dikhabarkan sedikit tercuit rasa sedih namun,perjalanan pulang ke tanta ketika itu memberi saya peluang mencari cari hikmah dan pengajaran yang diberikan Allah bersamanya dan saya masih mencari kerana pencarian hikmah dalam kehidupan ini tidak akan berhenti selagi saya tidak mati saya tidak punya kekuatan kerana itu saya perlu Allah untuk kuatkan saya tolong doakan saya ya sahabat sahabat? doakan juga sahabat sahabat saya yang lain kami perlu sedekah doa dari kalian saya suka mata tahu? tersurat dan tersirat saya memang suka mata~! okeh habis cerita sedih (sedih ke?tidak pun sebenarnya.cuma mungkin tidaklah gembira=)) ini cerita hepi tahu tak? saya sangat jealous dengan budak ini~~~~~~~~ dia ini namanya FATIMAH NABAWIYYAH dia punya nama jalur rasulullah ditahnikkan juga oleh keturunan nabi dan saya sangat geram dengan dia sebab dia sang

[program]

Dengan namaMu Allah,aku bermula iklan iklan ini untuk kamu kamu yang berada di mesir cuti ini madrasah imam syafie karnival DAMAI KEKAL insyaallah masa yang diguna itu dikira Allah sebagai amal dan bekal bukan di pukal sebagai sampah dan debu yang ditiup angin sia sia selamat bercuti dengan ilmu dan pengalaman!

[fitrah]

Dengan namaMu Allah,aku bermula qalb,atau hati yang ada itu hakikatnya milik Dia Dia sempurnakan penciptaan itu dengan fitrah ini ia resah dengan salah,dosa dan noda ia tenang dengan kebaikan,dengan amal kebajikan cukuplah iman itu jadi pengawal fitrah agar ia tetap subur dengan jagaan dari Allah p/s 1:Allah,moga PERBUATAN,PERCAKAPAN dan AKHLAK aku,sentiasa Kau jaga,sentiasa Kau redha!

[KEKAL]

waktu cuti musim panas ini,ramai yang mengeluh tiada apa mahu dibuat bangun pagi,tidak sempat mandi pun,terus menerjah laptop. tiada apa yang MAHU,atau sekurang kurangnya ADA yang PERLU dibuat okeh untuk jujurnya saya belum pernah merasai program ini. KEKAL (nama dulunya EGP-ekspo gempak PMRAM) iya,mungkin kerana tempias abang yang menjadi pengarah,saya mengiklankan ini tetapi juga berdasarkan kepada sebelum sebelum ini kurangnya penglibatan pelajar perubatan mungkin kerana kurangnya tarikan mungkin juga atas dasar penolakan jadi apa kata kita mulakan proses ' bonding' itu dengan KEKAL? p/s 1:program ini memerlukan dana sejumlah LE 20k.juga jika kamu mahu sumbangkan idea,tenaga,masa.apa sahaja.bukankah masa kamu terlebih terluang sekarang?jika mahu,sila hubungi dia p/s 2:owh.memang.memang pemuda itu HIDUP jika dia bekerja.bila dia maen maen,dia MATI.kan?kamu tidak rasakah?atau kamu itu zombi?

[sensitif]

Dengan namaMu Allah,aku bermula perkara yang biasa biasa untuk kita, kadang kadang perkara besar untuk manusia lain kan? jadi,tidak bolehkah untuk lebih sensitif dengan itu? apa kata bermula dengan perkataan 'tolong'? dan bukan dengan gaya menyuruh? akhlak itu agama~! p/s 1:masih mengejar dunia?sedangkan akhirat itu nyata?aisyah...aisyah...aisyah... p/s 2:nilai moral dan akhlak hidup beragama itu berbeza~!

[benar benar]

Dengan namaMu Allah,aku bermula 17:maka apakah (orang orang kafir itu sama dengan) orang yang sudah mempunyai bukti yang nyata (Al quran) dari tuhannya,dan diikuti oleh saksi dariNya dan sebelumnya sudah ada pula kitab Musa yang menjadi pedoman dan rahmat?mereka beriman kepadanya (al quran).barangsiapa MENGINGKARINYA (al quran) di antara kelompok kelompok (orang quraisy),maka nerakalah tempat yang di ancamkan baginya,kerana itu JANGANLAH KAU RAGU TERHADAP AL QURAN.sungguh,al quran itu BENAR BENAR dari tuhanmu,tetapi kebanyakan manusia TIDAK BERIMAN. 23:sesungguhnya orang orang yang BERIMAN dan MENGERJAKAN KEBAJIKAN dan MERENDAHKAN DIRI kepada tuhan,mereka itu PENGHUNI SYURGA,mereka kekal di dalamnya. hud maha benar Allah!

[pemikir]

Kini bukan lagi masa semata mengkritik kelemahan jamaah, tetapi masa untuk anda menjadikan diri anda sebagai sebahagian dari penyelesaian masalah jamaah tersebut. Kini bukan lagi masa untuk anda membina kompetensi individu semata-mata, tetapi masa untuk anda membina satu pasukan pemikir yang menggabungjalinkan pelbagai keunikan dan kompetensi masing-masing untuk melarutkan diri dengan masa depan perjuangan jamaah. serasa saya ini antara blog yang mampu menyebabkan saya tidak selesa duduk menyebabkan saya banyak berfikir bahawa aku belum berbuat apa apa berbanding mereka mereka di malaysia teringin juga mahu menyertai institut pemikir muda itu!

[isu isu]

Dengan namaMu Allah,aku bermula "kita harus memberitahu pentingnya mereka mengelakkan seks sebelum nikah,tetapi JIKA TETAP MAHU MELAKUKANNYA,mereka perlu diberitahu mengenai seks selamat serta tindakan yang perlu diambil jika mengandung" ini kata kata seorang islam apa komen kamu? saya tidak perlu komen sebab rasanya semua sudah boleh agak cara saya 'mengomen' isu pendidikan seks di sekolah jadi isu utama akhbar antara langkah yang di cadangkan untuk pencegahan adalah 1-benarkan polis periksa telefon bimbit remaja,elak simpan bahan lucah 2-kuatkuasa peraturan halang remaja bawah 18tahun keluar rumah selepas 12malam 3-sekat laman web lucah,kawal kafe siber dan penjualan perisian tidak bermaruah 4-percepat perlaksanaan pendidikan seks secara formal di sekolah apa yang mahu saya komen? satu pon tiada yang cadangkan tentang agama serasa saya,mana mana agama pun tidak akan menghalalkan seks bebas ini kalau agama itu mengikut fitrah tiada mana mana manusia pun suka rasanya